Wednesday, April 18, 2012




 Tanggungjawab Suami
  • Menyediakan mahar untuk isteri.
  • Menyediakan tempat tinggal untuk isteri dan anak - anak.
  • Memberi nafkah, makanan dan minuman, pakaian, alat - alat keperluan dan sebagainya mengikut yang perlu.
  • Memberi nafkah batin dan layanan baik kepada isteri.
  • Adil kepada isteri - isteri sekiranya berpoligami.
  • Memberi didikan agama sekiranya isteri tidak mengetahui atau tiada pengetahuan terutama tentang soal - soal ibadat dalam fardu ain.
  • Tidak mendedahkan sebarang keaiban atau rahsia rumah tangga kepada orang lain yang boleh menjatuhkan maruahnya.

Tanggungjawab Isteri
  • Mentaati suami dalam sebarang perkara yang tidak mendatangkan kemungkaran atau maksiat kepada Allah.
  • Memelihara kehormatan diri dan maruah suami.
  • Memelihara harta benda suami, menguruskan rumah tangga, serta mendidik anak dengan sempurna.
  • Tidak membenarkan orang yang tidak disenangi oleh suami masuk ke rumah.
  • Tidak keluar rumah tanpa mendapat keizinan daripada suami.
  • Merendadkan suara bila berkata - kata dengan suami.

  Hak Dan Tanggungjawab Bersama Suami Dan Isteri
  • Bersifat amanah. Suami isteri hendaklah saling mempercayai dan tidak boleh khianat mengkhianati.
  • Berkasih sayang dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.
  • Berakhlak dan bersopan santun, lemah lembut dalam pergaulan, saling menghargai dan menghormati.
  • Suami isteri berkewajipan memelihara hubungan baik antara ibu bapa serta ahli keluarga kedua - dua belah pihak.
  • Memberikan kasih sayang dan pendidikan yang sempurna kepada anak - anak.
  • Mempertahankan dan memperkukuhkan kerukunan rumah tangga.

P/s: Teringin nak berumah tangga walaupun belum sapai seru. jodoh lagi la, tak jumpa yang sesuai lagi....

0 comments:

Post a Comment