- Campurkan minyak kelapa dan air asam. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas.
- Ambil secawan teh pekat dan tambahkan satu sudu garam. Setelah suam/sejuk, tuangkan rata-rata ke atas rambut dan urut kulit kepala. Biarkan selama sejam, bilas dengan air sejuk tanpa syampu. Selain itu, sila tingkatkan pengambilan vitamin A, B, minerals dan juga protein dalam pemakanan anda.
- Vitamin A membantu menjaga kesihatan kulit kepala dan membuat rambut lebih bersinar. Vitamin A terdapat banyak dalam sayuran hijau dan buah-buahan berwarna merah dan kuning.
- Vitamin B berperanan dalam melancarkan pengeluaran minyak untuk menjaga kelembapan dan kesihatan rambut. Vitamin B banyak terdapat dalam sayuran hijau daun, bijiran, hati, yogurt dan pisang.
This is featured post 1 title
Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com.
This is featured post 2 title
Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com.
This is featured post 3 title
Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com.
Showing posts with label Tips Remaja. Show all posts
Showing posts with label Tips Remaja. Show all posts
Monday, October 22, 2012
10:54 AM
Unknown
Tips Melambatkan Tumbuhnya Uban
Thursday, July 19, 2012
11:27 PM
Unknown
1)untuk mengurangkan rasa haus,kurangkanlah pengambilan garam dan makanan pedas ketika sahur
2)untuk mengurangkan rasa lapar,elakkan makanan berlemak ketika sahur
3)perbanyakkan memakan makanan yang mengandungi kandungan fiber yang tinggi dan juga sayur-sayuran untuk menahan diri dari berasa lapar sepanjang hari
4)amalkan memakan kurma kerana ia mengandungi nutrien yang penting. jika tidak ambillah sumber makanan tambahan seperti vitamin
5)banyakkan minum air sewaktu sahur dan berbuka untuk mengembalikan kehilangan air semasa berpuasa. kekurangan air yang banyak akan menjejaskan kesihatan.
Sunday, July 15, 2012
5:40 AM
Unknown
1. Mencuci wajah 2 kali sehari
Tips menghilangkan jerawat yang pertama adalah dengan cara mencuci wajah 2 kali sehari. Mencuci wajah 2 kali sehari akan membantu menghilangkan minyak di permukaan kulit kita. Jika kita jarang membersihkannya, maka bakteria penyebab jerawat akan hidup subur di wajah kita. Namun ingat..jangan mencuci wajah apalagi menggosok wajah secara berlebihan karena malah akan meningkatkan produksi minyak sobaceous yang dapat menyebabkan masalah kulit pada wajah. Cucilah wajah 2 kali sehari dengan menggunakan sabun yang lembut.
2. Sesuaikan kosmetik dengan jenis kulit anda
Jika kulit anda berminyak maka gunakanlah kosmetik untuk kulit berminyak, jika kosmetik yang anda gunakan tidak sesuai dengan jenis kulit anda..jerawat akan segera mendatang pada kulit wajah anda. Jadi berhati-hatilah dalam memilih kosmetik.
3. Hindari kosmetik yang berminyak.
secara alami wajah kita akan menmproduksi minyak, bahkan kulit kering sekalipun. Jadi sebisa mungkin hindarilah menggunakan kosmetik yang berlebihan kerana minyak dan debu akan menjadi media bakteria penyebab jerawat untuk bermukim di wajah kita.
4. Keringkan wajah kita dengan tuala yang bersih setelah cuci muka atau mandi, kerana bakteria juga menyukai tempat yang lembab dan hangat.
5. Minum air putih
Hampir 70% kulit kita terdiri dari air, dengan minum air minimal 2 liter sehari, maka kulit kita akan selalu segar dan sihat.
6. gunakan pelembab kulit
Menggunakan pelembab akan membantu menyihatkan kulit kita, terutama dari kulit kering dan pecah-pecah. Namun pelembab di sini bukan bererti pelembab yang berminyak..sekarang sudah banyak produk kosmetik yang berbahan dasar air.
7. selalu pastikan kulit anda bersih sebelum tidur.
Selalu cuci muka anda sebelum tidur agar kulit beregenerasi dengan baik.
8. Sering-seringlah makan sayur dan buah.
sayur-sayuran mengandung banyak vitamin yang menyihatkan kulit kita. Perbanyakkan makan sayur atau buah-buahan, terutamanya yang mengandung vitamin E. Dengan kulit yang sihat, maka jerawat akan sukar untuk tumbuh dan berkembang.
9. Tidur yang cukup dan teratur.
Kulit juga sama seperti kita, memerlukan istirahat. Jadi biasakanlah untuk tidur yang cukup dan teratur. Kerana apabila kita tidur, kulit akan beregenerasi dan membuang racun2 yang berbahaya sehingga apabila kita bangun keesokan harinya kulit kita akan kembali segar.
cara menghilangkan jerawat diatas merupakan tips menghilangkan jerawat yang sangat mudah untuk diikuti. Jika anda melakukannya dengan teratur dan disiplin, mungkin jerawat di wajah anda akan berangsur-angsur hilang..dan wajah anda menjadi mulus lagi serta bebas jerawat. Semoga tips menghilangkan jerawat ini bermanfaat bagi anda.
Thursday, July 5, 2012
8:51 PM
Unknown
- Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
- Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.
- Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.
- Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
- Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.
- Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.
- Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.
- Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya.
- Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.
- Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.
- Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
- Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.
9:32 AM
Unknown
- Lelaki tidak benar-benar memilih gadis yang cantik. Mereka lebih suka gadis yang pembersih dan kemas.
- Lelaki benci kekasih di'ngurat'
- Seorang lelaki boleh suka anda untuk seminit, dan kemudian melupakan anda.
- Ketika seorang lelaki berkatadia tidak memahami anda, itu hanya bermakna anda tidak berfikir seperti dia.
- "Awak buat apa tu? " atau " Awak dah makan? "adalah soalan biasa pertama seorang lelaki bertanya di telefon hanya untuk mengelakkan gagap.
- Mungkin lelaki mengurat sepanjang hari tapi sebelum mereka pergi tidur, mereka selalu berfikir tentang gadis yang benar-benar mereka sayang.
- Ketika seorang lelaki benar-benar menyukai anda, dia akan mengabaikan semua perangai buruk anda.
- Lelaki cair bila melihat senyuman gadis.
- Lelaki akan melakukan apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis itu.
- Lelaki benci kalau anda berbicara tentang bekas teman lelaki anda.
- Apabila lelaki berhasrat ingin bertemu orang tua anda. Biarkan mereka. ... Jangan harap..
- Lelaki juga boleh menangis!
- Jangan mengapi-ngapikan seorang lelaki. Percayalah. Dia akan mengamuk walaupun dia nerd sekalipun.
- Lelaki tidak dibuai oleh mimpi dan terlalu mengharap.
- Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah meninggalkan mereka, dan ini membuat lebih sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.
- Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tidak ada jalan untuk kembali.
- Memberikan lelaki mesej tergantung seperti "Kau tau apa?!... Argh ... Takde apa-apa!" Akan membuatnya memberi kata putus yang tidak pernah anda fikirkan.
- Seorang lelaki mampu mengurat dengan beribu cara tetapi mereka biasanya gagap ketika mereka bercakap dengan seorang gadis mereka benar-benar cinta.
- Ketika seorang lelaki membuat "umm" berpanjangan atau memberi bermacam alasan bila anda meminta dia untuk melakukan sesuatu untukmu, sebenarnya dia ingin mengatakan bahawa dia tidak menyukai anda.
- Ketika seorang gadis berkata "tidak", seorang lelaki mendengarnya sebagai "cuba lagi esok".
- Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda benar-benar inginkan sebelum dia faham itu dengan jelas.
- Lelaki benci gay!
- Lelaki sayangkan ibu mereka.
- Seorang lelaki akan sanggup mengorbankan wang untuk makan semata-mata ingin membelikan anda beberapa kuntum bunga ros.
- Seorang lelaki sering terfikir tentang gadis yang suka padanya. Tapi ini tidak bererti bahawa lelaki menyukainya.
- Anda tidak akan pernah memahami lelaki kecuali anda dengar cakap dia.
- Jika seorang lelaki mengatakan pada anda dia mencintaimu sekali dalam seumur hidup. Dia benar-benar kata begitu.
- Hati-hati. Lelaki mampu menyebarkan gosip keseluruh dunia lebih pantas berbanding perempuan.
- Perempuan adalah kelemahan lelaki.
- Lelaki sangat terbuka tentang diri mereka.
- Ada baiknya untuk menguji seorang lelaki terlebih dahulu sebelum anda percaya padanya. Tapi jangan biarkan dia menunggu.
- Tidak ada lelaki yang jahat ketika bercinta.
- Lelaki benci kalau pakaian mereka menjadi kotor. Meskipun titik kecil.
- Lelaki akan benar-benar mengagumi gadis-gadis yang mereka suka meskipun jika mereka tidak secantik mana.
- Kawan baik anda, yang menjadikan dia sebagai rujukan bagi teman lelaki anda tentang masalah dengan anda mungkin berakhir dengan teman lelaki anda syok pada dia.
- Jika seorang lelaki memberitahu anda tentang masalah , dia hanya perlukan seseorang untuk mendengar dia. Anda tidak perlu memberi nasihat ...
- Sebuah tindakan biasa yang membuktikan bahawa lelaki itu menyukaimu adalah ketika dia menggoda anda.
- Seorang lelaki sentiasa ada cara untuk membuat anda tidak rapat dengan lelaki lain.
- Lelaki cinta gadis yang menggunakan otak dikepala lebih dari gadis otak di kasut.
- Lelaki cuba untuk mencari patung yang gadis ingin namun sayangnya pasti akan memilih yang salah.
- Lelaki boleh berbual tentang apa pun.
- Lelaki tidak boleh menyimpan rahsia yang perempuan beritahu mereka.
- Lelaki berfikir terlalu banyak.
- Fantasi lelaki tidak terbatas.
- Ketinggian seorang perempuan tidak penting tetapi berat amat penting bagi lelaki.
- Lelaki cenderung lebih serius dengan hubungan mereka dan menjadi terlalu cemburu.
- Ketika seorang gadis membuat lelaki menempuh pelbagai halangan selama bercinta, sukar baginya untuk melepaskan gadis itu.
- Tidak mudah bagi seorang lelaki untuk melepaskan kekasihnya setelah mereka putus terutama ketika mereka sudah bersama selama 3 tahun atau lebih.
- Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda inginkan sebelum bersama dengan lelaki itu.
- Seorang lelaki perlu mengalami putus cinta, kerana jika dia terlalu bagus, tidak pernah putus cinta, tidak pernah rasa sakit hati, dia tidak akan matang dan menjadi dewasa.
- Ketika didatangi pelbagai kesulitan, lelaki lebih cenderung menyalahkan diri sendiri berbanding menyalahkan kekasihnya. Mereka juga mampu melukai diri sendiri secara fizikal.
- Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah, tapi mempunyai keazaman yang lemah.
- Lelaki mungkin adalah harimau dalam kumpulan sebaya mereka, tetapi mampu dijinakkan oleh perempuan.
- Ketika seorang lelaki berpura-pura menjadi tenang, check adakah dia berpeluh. Anda mungkin akan melihat bahawa dia gugup.
- Ketika seorang lelaki mengatakan dia akan tergila-gilakan gadis itu. Dia benar-benar maksudkannya.
- Ketika seorang lelaki meminta anda untuk meninggalkan dia sendirian, dia hanya bermaksud, "Jangan pergi dan dengar saya"
- Lelaki tidak benar-benar memiliki kata putus.
- Ketika seorang lelaki mencintai anda, dia memberikan yang terbaik dalam dirinya.
- Jika seorang lelaki mula berbicara serius, ianya sangat penting!
- Jika seorang lelaki terlalu senyap, katakan sesuatu! Mungkin dia ada masalah.
- Lelaki percaya bahawa tidak ada cinta pada pandangan pertama, dan kemudian menyedari pada akhirnya bahawa dia salah.
- Lelaki suka perempuan yang bersikap keperempuanan.
- Lelaki tidak suka perempuan yang suka pukul lelaki
- Seorang lelaki dapat mengetahui apakah gadis itu suka padanya tapi tidak pernah yakin kecuali gadis itu kata kepadanya.
- Seorang lelaki akan membuang-buang masa dengan video game dan bola sepak, sama seperti seorang gadis yang terhadap novel dan make-up
- Lelaki cinta gadis yang boleh memasak atau membuat kek. .... Amat-amat cinta.
- Lelaki suka seperti perempuan yang seperti ibunya. No kidding! ... ... Tetapi hanya bila lelaki itu bersedia
- Seorang lelaki mempunyai masalah lebih banyak daripada yang boleh anda lihat dengan mata anda.
- Kawan baik teman lelaki anda tahu segalanya tentang dia. Gunakan peluang ini!
- Jangan sombong. Lelaki boleh dengan mudah menyerah pada tanda pertama akan putus cinta.
- Jangan bias. Cuba mencintai seorang lelaki tanpa prasangka dan anda akan terkejut. :)
- Lelaki lebih banyak bercakap daripada perempuan terutama ketika topik tentang perempuan.
- Lelaki tidak memahami kenyataan "Get Lost" dengan baik.
- Lelaki benar-benar berfikir bahawa perempuan adalah sukar dibaca dan mempunyai keputusan tak terduga tapi masih menyayangi mereka.
- Lelaki tidak peduli tentang bagaimana berkilau kasut mereka tidak seperti perempuan.
- Lelaki cenderung membuat tanggapan yang tidak benar terhadap perempuan bahawa semua perempuan itu sama, dan mereka akan menyedari bahawa mereka salah.
- Setiap lelaki boleh menangani semua masalah-masalahnya oleh dirinya sendiri. Tetapi dia terlalu keras kepala untuk menghadapinya.
- Lelaki merasa begitu keberatan ketika seorang gadis bersumpah.
- Titik kelemahan lelaki berada pada lutut.
- Ketika suatu masalah mula timbul, seorang lelaki biasanya membuat dirinya nampak cool tapi masih memikirkan cara mengatasinya.
- Ketika seorang lelaki memandangmu, dalam kepala dia hanya ada 2 perkara. Mengutuk atau syokkan kamu.
- Apabila anda menangkap teman lelaki anda curang dan dia meminta peluang kedua, berikan kepadanya. Tapi ketika anda menangkap dia lagi dan dia meminta peluang lain, tinggalkan saja. Dia tidak serius dengan anda.
- Jika seorang lelaki membenarkan anda memutuskan perhubungan, ini bermakna dia benar-benar mencintai anda.
- Jika anda mempunyai teman lelaki, dan kawan teman lelaki anda selalu menjeling anda, itu jelas menunjukkan bahawa dia cemburu setiap kali anda dengan kekasih anda, dan dia lebih cintakan anda lebih daripada teman lelaki anda.
- Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari novel cinta yang perempuan baca dan mengambil sebagai asas pengalaman mereka.
- Anda boleh mengetahui adakah seorang lelaki benar-benar terluka atau sakit ketika dia menangis di depan anda!
- Jika seorang lelaki tiba-tiba meminta anda untuk dating, tanyakan dulu mengapa.
- Ketika seorang lelaki kata dia tidak boleh tidur jika dia tidak mendengar suara anda meskipun hanya untuk satu malam, letak telefon. Dia juga kata begitu untuk gadis lain. Dia hanya ingin mengurat anda dan kadang-kadang hanya untuk permainkan anda.
- Anda benar-benar boleh mengatakan bahawa seorang lelaki memiliki niat yang baik jika anda melihat dia bersembahyang ketika keluar dating.
- Lelaki tidak akan mencari nasihat dari seorang lelaki melainkan dari seorang gadis.
- Perempuan dibenarkan untuk menyentuh hal-hal melibatkan diri lelaki. 'Tetapi bukan pada rambut mereka!'
- Jika seorang lelaki kata kamu cantik,lelaki itu suka anda.
- Lelaki benci perempuan yang gedik.
- Lelaki mencintaimu lebih dari kau mencintai dia JIKA dia serius dalam hubungan anda.
- Lelaki cair ketika gadis menyentuh tangan-tangan mereka ...
9:21 AM
Unknown
Nak memenangi hati ego lelaki? Sesungguhnya lelaki dan ego memang tidak boleh dipisahkan. Telah menjadi lumrah alam, ciri maskulin ini pasti akan ada dalam diri setiap lelaki termasuk aku. Bukan sengaja dibuat-buat, tetapi memang telah ditanamkan dalam diri lelaki. Baru-baru ini aku dapat satu soalan daripada formspring aku, "boleh bagi cara nak jatuhkan ego lelaki?". Sudah tentu perempuan yang menghantarnya bukan?
Sebagai seorang lelaki, jawapan aku mudah saja. Hargailah lelaki dan sentuhilah dasar hatinya. Sudah pasti bukan mudah, terutama untuk menyentuh hati seorang lelaki yang pernah merendahkan egonya demi seorang perempuan yang disayangnya namun akhirnya berpaling daripadanya... Jika anda sebagai seorang fikir mampu mempermainkan maruah seorang lelaki dengan menjatuhkan ego lelaki, cubalah. Jangan pernah bermain dengan ego lelaki, terbakar diri nanti! Jadi, macam mana nak menyentuh dasar hati lelaki? Ikut langkah di bawah. *Kalau nak terus jatuhkan ego dia baca terus step 7*
1.BERSABAR
Untuk menjinakkan ego seorang lelaki perlukan kesabaran yang tinggi kerana lelaki juga sukar diduga. Anda perlu bersiap sedia untuk disakiti, dimalukan, apatah lagi diperbodoh apabila segala usaha anda tidak berhasil dan hanya sia-sia.
2. FAHAMI DIA
Fahami dia dalam erti kata lain ialah anda belajar menjadi stalker. Fahami dia adalah kunci kejayaan anda. Sedangkan dalam berperang, tentera juga perlu memahami strategi musuhnya untuk menang, jadi gunakan taktik yang sama!.
3.HORMATI DIA
Pertama sekali ialah belajar menghormati dia. Jika anda berharap si dia menghormati anda, anda perlu hormati dia dulu. Namun berbeza bagi setiap lelaki itu untuk belajar menerima apa yang anda cuba lakukan. Ada sesetengah lelaki akan beranggapan sudah menjadi lumrah alam perempuan tunduk dan patuh padanya. Malahan ada juga yang memahami dengan membalas kembali apa yang diberi. Apapun, menghormati itu adalah kunci kepada langkah yang seterusnya.
4.JANGAN BERTEKAK DENGAN DIA
Berhenti daripada mewujudkan suasana tegang antara anda. Jikalau anda rasakan dia tidak boleh menerima pendapat anda semata-mata untuk dia merasakan maruahnya tidak tercalar, biarkan saja. Biar dia saja yang rasa betul. Akhirnya nanti, dia akan dimalukan oleh perangai egonya sendiri sehingga tercalar egonya. Siapa tahu, mungkin dia akan sedar dan belajar merendahkan egonya. Apa yang penting, jangan sentiasa berharap untuk menang dalam setiap perbalahan dengan lelaki. Kerana ada hanya akan meninggikan egonya.
Tahukah anda, kita di Malaysia ini terlalu disogokkan dengan cerita-cerita cinta yang terlalu kompleks sehinggakan terikut-ikut dengan cerita tersebut. Anda tak perlu bersusah payah terkejar-kejarkan si dia. Apa yang anda perlu ialah hargai dia. Jadikan tiap-tiap hari adalah hari untuk menghargai dia bukan hanya satu hari saja seperti yang dilakukan mereka yang menyambut Valentine’s. Ucapkan terima kasih sudah memadai. Penghargaan ibarat racun yang meracun diri secara halus tetapi amat berkesan!
Cuba renungkan kembali kenapa anda ingin jatuhkan ego si dia.. Adakah kerana cinta? Atau adakah kerana anda telah tercinta si dia? Tanpa anda sedar, sebenarnya anda telah sayang pada dia. Ada sebabnya kenapa ego si dia diciptakan mempunyai ego, kerana si dia telah mewarnakan hidup anda. Jadi, anda mempunyai dua pilihan, jika anda ingin menjatuhkan ego dia semata-mata anda benci dia, baik anda menjauhkan diri anda daripada dia, kerana kelak apabila si dia sudah tiada, pasti anda akan teringat pada dia. Atau anda teruskan menyayangi si dia dengan menunjukkan kasih dan sayang anda pada si dia. Biarkan si dia tidak mengerti, lama kelamaan pasti si dia juga akan mula sayangkan anda. This is law of attraction! Apabila satu hati mencintai yang lain, satu lain tidak mencintai sebagaimana dia dicintai.
7. JANGAN MEMALUKAN DIA
Kalau anda benar-benar menjatuhkan ego dia, malukanlah dia dihadapan orang ramai. Ya, kemungkinan besar dia akan berlalu pergi daripada tempat itu malahan mungkin juga akan menangis. Mungkin itu yang anda ingin lihat sebagai seorang perempuan. Ops…Bukan perempuan, perempuan murahan. Kerana apabila anda menjatuhkan ego si dia apatah lagi menjatuhkan maruah dia di khalayak ramai, anda juga telah memalukan diri anda sendiri. Tetapi ingat, hidup anda tidak akan aman lagi kerana dibayangi oleh si dia yang pada bila-bila masa akan membalas kembali apa yang anda lakukan. Mungkin si dia akan kembali untuk meragut nyawa anda, atau mungkin orang yang anda sayangi. Siapa tahu, ego lelaki mampu bertindak lebih daripada segalanya!.
P/S: Lelaki mampu jadi bidadara dunia anda mahupun iblis.
Wednesday, July 4, 2012
10:25 PM
Unknown
Memandang kes yang melibatkan masalah mengawal tekanan dan psikologi di Malaysia ni kadangkala agak merisaukan, apa kata, selain berdoa agar semuanya akan menjadi baik, Anem kongsikan sikit tips, atau cara untuk mengubati hati yang lara..[ops], untuk mengubati rasa kecewa dan tekanan yang dilalui kita seharian.
Cara ubati hati:
Sentiasa berbaik sangka.
Antara langkah berbaik sangka adalah dengan tenang, rela hati, jangan sombong-sombong.
Buang segala hasad dengki
Jangan tergolong dalam mereka yang jadi batu api dan kuat mengumpat serta mengata orang lain. Kita taknak orang buat macam tu dekat kita, kita pun tak suka akhlak demikian, jadi gembiralah untuk kebahagian dan kegembiraan kawan-kawan atau saudara mara kita, yang kita sayang tu, okkay!
Senyumlah.
"Senyum!". Ia juga sedekah dan awet muda.Jika senyum kan nampak manis, jadi senyum sajalah, tak tahu senyum? Belajar ! Hihi
Gemar menghadiri majlis ilmu
Majlis ilmu ini macam ceramah, majlis zikrullah, tilawah al-quran dan berkaitan dengannya, insyaallah hati akan jadi lebih tenang, dan lembut :)
Hiasi diri dengan sikap Ikhlas.
Alamak! Ini yang susah sikit ni. Ikhlas kan hati maksudnya tak mengharapkan pujian dan kemasyhuran manusia. Niat semua keranaNYA , niat kena bersih tanpa tujuan yang tak okkay. Apapun siapa yang tahu hati kita, hanya kita dan Alllah sahaja,kan.
Cara untuk kurangkan tekanan
Be positif, anggap sesuatu yang terjadi di luar kawalan kita, cuba motivasikan diri supaya tak marah-marah, bersenam, makan makanan berkhasiat, tidur dan dapatkan rehat yang cukup, elak ambil dadah dan alkohol, dapatkan sokongan orang-orang terdekat serta urus masa anda dengan lebih baik.
Cara ubati rasa kecewa
Belajar terima kenyataan, fahami punca masalah supaya elak berulang, luahkan perasaan- cari orang yang mahu mendengar- yang sudi melayan perasaan kekecewaan kita.Belajar sayang diri sendiri supaya orang hargai diri kita, jangan salahkan orang lain, relakslah ,tuduh orang pun bukan selesai masalahkan?- Selalu berfikir positif, rehatkan fikiran dengan baca atau buat apa yg kita suka –tenang okay!
Kembalilah bersemangat!:
Setiap hari adalah istimewa, bersyukur dengan apa yg kita alami-banyak dipelajari, perbaiki hubungan dengan manusia, jadikan hidup lebih bermakna, hargai perkara-perkara yang mudah jangan rumitkan, jangan kalah dengan perasaan sendri yang entah apa-apa- kita kuat okay! Luangkan masa dengan tersayang, senyum dan : kitbalaslah senyumannya! Hargai diri, penuhi keinginan hati dengan segera supaya tak kecewa!
Tuesday, July 3, 2012
9:25 PM
Unknown
1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!
2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.
3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!
4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami “kerugian” kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami “kerugian” kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!
5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup meneruskan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup meneruskan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!
6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.
7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!
Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!
8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai “Action that speak louder than words” (pandai cakap tapi buatnya tidak!)
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai “Action that speak louder than words” (pandai cakap tapi buatnya tidak!)
9. BERWASPADALAH DENGAN “BOOMERANG KESALAHAN”
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !
10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYAHubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!
Monday, July 2, 2012
9:55 PM
Unknown
1. Menyatakan kepadanya secara berterus-terang bahawa kamu tidak sesuai untuk bercinta dengannya kerana kamu menganggap dia adalah sahabat karib dunia dan akhirat.
2. Menyatakan kepadanya sekiranya kamu menjadi kekasihnya, kamu tidak mungkin boleh mengikut kehendak, arahan dan permintaannya.
3. Kamu dan dia tidak sesuai kerana, selama ini kamu bersikap brutal ketika bersama dia dan tiada ciri-ciri kekasih yang sejati.
4. Kamu tidak pernah terfikir untuk bercinta dengannya kerana ketika bersahabat pun anda tidak peduli dengan kehadirannya.
5. Menerangkan kepadanya bahawa masih ramai lagi gadis/jejaka diluar sana yang mempunyai ciri-ciri pasangan yang diidamkan olehnya.
6. Cuba mengelakkan diri kamu daripada bertembung dengannya ditempat kerja, sekolah atau ditempat yang anda dan rakan-rakan lain selalu berkumpul.
7. Jelaskan padanya anda lebih sayangkan ikatan persahabatan anda daripada menjadi seorang kekasih yang perlu ada komitmen dan bersifat setia.
8. Kamu jelaskan padanya bahawa kamu lebih mesra dan selesa sekiranya tetap terus berkawan sahaja kerana kamu sudah tahu perangainya ketika kamu menjadi sahabatnya dulu.
9. Nyatakan padanya bahawa kamu sudah mempunyai calon dan bakal kekasih yang sesuai dengan diri kamu. Tapi harus diingat jelaskan secara baik kerana kamu mungkin hilang kawan baik yang kamu sayang.
10. Bertegas dengan pendirian kamu sekiranya kamu betul-betul tidak dapat menerimanya. Ikut kata hati kamu dan jangan termakan pujuk rayu si dia. Akhir sekali katakan dan tegaskan kepadanya “KAU MASIH SAHABATKU“
9:20 AM
Unknown
1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya…..
2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.
3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.
4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.
2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.
3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.
4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.
5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.
6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.
7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.
7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.
8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami,dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.
9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.
9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.
10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.
11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.
12.. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.
11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.
12.. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.
13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.
14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.
15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.
14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.
15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.
Sunday, July 1, 2012
3:17 PM
Unknown
- Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat ( prihatin )
- Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
- Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
- Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
- Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
- Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
- Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
- Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
- Bila lelaki cakap..”Emm..tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
- Bila lelaki cakap ‘direct to the point’ dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
- Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys! Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
- Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini… Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
- Betapa hebatnya lelaki itu bersikap ‘romeo’ dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..
- Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari… maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja…. Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
- Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
- Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
- Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
- Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
- Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!
12:35 AM
Unknown
Cinta ketika remaja, adakah ia perlu, harus atau tidak? Terdapat pelbagai pendapat tentang hal ini namun bagi saya cinta sesama insan ketika remaja boleh dijalinkan asalkan masing-masing tahu batasan dan mengawal perasaan cinta itu.
Perasaan untuk mencintai dan dicintai memang tidak dapat dielakkan oleh semua insan terutamanya bagi remaja. Perhubungan ini seharusnya membawa kesan yang positif bagi remaja kerana mereka mempunyai pendorong untuk memberi galakan atau persaigan dalam bidang pelajaran selain daripada ibu bapa mereka yang sentiasa mendoakan kejayaan mereka.
Namun remaja haruslah mengamalkan sikap berhati-hati dan tidak melanggar batasan adat timur dan agama semasa bercinta. Mereka seharusnya mengikut perasaan remaja mereka dan sama-sama belajar untuk menjadi orang dewasa yang lebih baik.
Ramai pasangan yang melafazkan cinta, tetapi sebenarnya mereka tidak mengetahui mengapa dan Kenapa mereka bercinta. Alam percintaan sememangnya indah, bagi pasangan yang sedang asyik dilamun cinta, dunia ini ibarat mereka yang punya.
Namun begitu masih ramai yang tidak mengetahui apa itu cinta dan bagaimana mahu menjadikan ikatan cinta yang dijalin akan terus membawa ke jinjing pelamin. Kefahaman tentang konsep cinta antara lelaki dan wanita perlu diketahui serba sedikit agar hubungan cinta yang dijalin tidak membawa kepada kekecewaan.
Bagi wanita cinta adalah sejenis emosi. Kepada orang lelaki cinta adalah suatu peristiwa, suatu kejadian dan bukannya emosi. Setiap peristiwa mempunyai permulaan dan penghujung. oleh itu bagi orang lelaki sekali mereka jatuh cinta dengan wanita, maka cinta itu akan terus kekal jika tiada halangan yang menimpa.
Oleh sebab itu, lelaki apabila telah melafazkan cintanya kepada wanita, tidak kiralah melalui apa sekali pun, sama ada ikatan janji yang diucapkan sesama sendiri, ikatan tali pertunangan, mahupun melalui pernikahan, maka baginya selepas itu perkataan cinta tidak perlu disebut-sebut lagi.
Berlainan pula dengan wanita, mereka mahu sentiasa mendengar kata-kata belaian kasih dibisikan di telinga mereka walaupun seribu kali dalam sehari. Inilah yang menjadi perbezaan ketara istilah “cinta” bagi lelaki dan wanita.
Saturday, June 30, 2012
8:30 AM
Unknown
Cara untuk mengenali sikap lelaki betul-betul jujur dalam menjadikan anda sebagai kekasih mereka :
1-Detik diawal perkenalan masing-masing akan memperkenalkan biodata diri sendiri,Selalunya perempuan yang akan beriya-iya memberitahu segalanya mengenai diri,sampai ke salasilah keluarga pun diberitahu,tetapi si lelaki ni hanya memberitahu,namanya sahaja.hal lain dia tidak akan bagi tahu sepenuhnya
Kesimpulanya : kalau anda berjumpa lelaki jenis ini,anda perlu berhati-hati kerena ada agenda tersembunyinya dalam memikat diri anda..jangan mudah terpedaya ok?
2-Mengenai nama sebenar anda,pada perkenalan awalan anda bersama si dia,anda hanya perlu sekali jer memberitahu nama penuh anda,cukup seminggu anda cuba bertanya kembali si dia mengenai nama penuh anda,kalau dia boleh jawab,kiranya dia betul-betul serius dalam menjalin hubungan dengan anda,tetapi kalau sebaliknya faham-faham sendiri lah,mesti ada berderet lagi nama dia nak kena ingat..hehehe
Kesimpulannya : Selalu Lelaki yang ada niat buruk terhadap diri anda,dia tidak mengendahkan apakah nama penuh anda,yang dia tahu mengenai nafsunya terhadap diri anda,jika anda tanya mengenai perkara ini tentunya dia akan tergagap-gagap untuk menjawab..
3-Tarikh lahir..Hanya lelaki betul-betul jujur dalam menyintai diri anda yang akan alert perkara ini,Selalunya lelaki akan memberi alasan “Owhh lupa la birthday you..sory i agak sibuk sekarang..”…awas! anda jangan terpengaruh mengenai alasan zaman batu ini.
Kesimpulanya : Apa yang anda perlu lakukan,anda haruslah berhati-hati dengan si dia,perhatikan gerak-geri dan muslihat si dia seterusnya,nanti kebenaran akan berpihak kepada anda.
4-Bila anda sakit..Anda perlu menelefon si dia,memberitahu bahawa anda sakit,tapi ingat sekali sahaja tau.Kalau sidia benar-benar jujur,dalam sehari tu berkali-kali dia akan menelefon bertanyakan kesihatan anda..mesti dia jadi tak keruan..
Kesimpulanya ; Selalunya lelaki yang ada niat buruk,dia akan suka perkara ini berlaku pada diri anda,bolehlah dia bebas untuk berseronok dengan kekasih-kekasih gelap dia yang lain…hehehe
5-Bersabar dengan anda..Memang tidak dinafikan perempuan adalah manusia yang lemah dan agak banyak kerenah…contohnya kalau pergi shopping mesti perempuan suka masuk kedai baju,kedai kasut..memilih mesti lama ye dak?..hehehe..kalau si lelaki betol-betol memahami dan jujur dia akan sabar melayan kerenah korang..
Kesimpulanya : kalau dia jujur dan ikhlas,dia akan terima seadanya sikap korang..kalau korang dah jumpa lelaki macam ni,insyaAllah bahagialah…unless,korang terlalu melebih-lebih kerenahnya..paham-paham lah kan?..
12:20 AM
Unknown
Lelaki pemalu adalah lelaki yang kurang bercakap sebab lelaki yang banyak bercakap biasanya dapat mengawal rasa malu mereka apabila berdepan seorang gadis buat pertama kali. Jika Anda seorang wanita dan Anda menyukai seorang lelaki tapi lelaki tu pemalu, berikut adalah 4 tips bagaimana untuk berdepan dnegan lelaki pemalu. Apa nak buat bila Anda berdepan lelaki pemalu?
1. Anda kena berani memulakan.
Walaupun Anda perempuan, Anda kena berani memulakan. Lebih baik berani meluah dari membiar si lelaki tak tahu selama ni Anda sukakan dia. Jika Anda seorang perempuan Anda menyukai seseorang, luahkan, sebelum dia jadi orang lain yang punya. Dalam sesetengah ketika, perempuan perlu berani mencuba untuk kebahagiaan masa depan. Dari lama membujang, baik berani memulakan.
2. Gunakan cara non-verbal.
Hari ini, cara meluah perasaan suka, perasaan cinta semakin berubah. Dulu, meluah rasa suka biasanya pakai surat sama ada tulis tangan atau bertaip. Sekarang, Anda boleh meluah pakai sms, pakai video call, pakai email, luah melalui Facebook, luah menggunakan video YouTube. Cara ni semua dipanggil non-verbal iaitu luahan hati yang dibuat tanpa berdepan. Bila Anda buat cara ni, pasti si lelaki kagum dengan keberanian Anda. Dia akan faham Anda betul-betul suka kat dia.
3. Malu biasanya cuma sementara.
Lelaki pemalu biasanya pemalu pada saat permulaan perkenalan sahaja. Bila Anda sudah berani memulakan dan si lelaki sudah mula selesa berbual dengan Anda, rasa malunya mengurang sedikit demi sedikit. Mereka ni pemalu sebab mereka kurang biasa dengan Anda, gugup dan kurang yakin berdepan dengan Anda. Setelah terbiasa, lelaki pemalu ni bertukar menjadi kawan,bahkan akan bertukar menjadi rapat. Dari sinilah bermulanya cinta seorang teman.
4. Cakap pasal topik umum.
Cari keserasian dengan mengajak lelaki pemalu ni bercakap mengenai topik umum. Topik umum biasanya adalah berkenaaan cuaca, isu semasa (contohnya isu minyak kereta, kenaikan harga barang, banjir), berkenaan filem-filem terbaru, lagu-lagu terbaru atau simply bercakap tentang sesebuah hobi. Lelaki pemalu biasanya banyak menyendiri. Bila mereka menyendiri, biasanya mereka melakukan hobi yang mereka suka buat misalnya membaca, melukis, berblog, berFacebook,mengedit gambar,mengarang cerita atau bertukang kayu. Cuba tanya si lelaki pemalu ni apa yang dia suka buat di masa lapang, selepas tu, bila dia sudah galak bercerita, Anda sudah boleh masuk ke topik seterusnya – cinta!
5. Santaikan wajah, santaikan suara.
Ajak si lelaki pemalu dengan nada santai. Jangan cuba kuasai dia dengan memandang padanya terus menerus atau merendah-rendahkan dia sebab dia pemalu, sebaliknya bawa dia bercerita-cerita cara santai, sepertimana Anda bercerita-cerita dengan kengkawan lain, tetapkan bercerita walau mata Anda melihat ke arah lain bukan ke arah anak mata si lelaki sepanjang masa. Nada suara Anda kena di santaikan – elak jadi terlalu nyaring dan terlalu perlahan. Anda sebagai perempuan kena banyak main peranan. Jarak diri Anda dengan diri si lelaki jangan terlalu jauh dan jangan pula terlalu dekat. Biar dalam jarak selesa, janji dia boleh dengar suara Anda.
Lelaki pemalu adalah lelaki yang baik hati, pada hari ini lelaki sebegini dah semakin kurang. Malu adalah sifat orang beriman
Subscribe to:
Posts (Atom)






