Showing posts with label Diari Hidupku. Show all posts
Showing posts with label Diari Hidupku. Show all posts

Thursday, February 7, 2013



Kadang-kadang bila aku fikirkan kembali tentang aku dan dia, bagaikan sebuah cerita yang  pada mulanya hanya dari pandangan  matanya yang mempersonakan hati aku bila saat pertama aku bertemu dengannya.

Hati aku mula gelisah bila malam menjelma kerana aku takut apa akan terjadi pada hari esok. Setiap saat aku hanya mampu memikirkannya. Hadirnya bagiku bagaikan bidadari yang menerangi hatiku ini dikala ku didalam kegelapan dan melengkapkan langkahku yang telah lama terhenti ini.

Bila dia mulai tiada, aku rasakan dunia ini gelap tanpanya kerana dia adalah permaisuri dihatiku dan nafasku bagaikan terhenti seketika bila dia mulai menjauh dariku. Aku tahu, aku tak mampu selamatkan hubungan yang kian retak ini, tapi percayalah, aku hanya ingin kamu. Tiada lain yang mampu aku fikirkan.

Tak akan hilang, tak akan pedar dan pergi dalam hidup ini.

Terima kasih atas kenangan yang kau beri selama ini.

Aku tetap sayang kamu.


Tuesday, February 5, 2013



Itu adalah jalan yang terakhir saya usahakan untuk awak berubah walaupun ia akan membuatkan awak membenci saya seumur hidup awak, tapi saya terima semua itu. Saya nak awak sedar yang awak bukan hidup seorang diri, awak mempunyai ramai disekeliling awak yang sayangkan awak selama ini, dan saya juga terlalu sayangkan awak. Saya korbankan kasih sayang saya demi orang yang saya sayang. Saya tak mahu awak terus dengan dunia awak.

Selama ni saya senyap kerana saya tak suka awak marah-marah, kerana ia membuatkan awak sakit. Saya tak mahu tu semua berlaku, tapi cara ini la yang membuatkan awak bersuara kembali dan menceritakan hal yang sebenar-benarnya dan bukannya merahsiakan kebenaran. Saya tak tahu apa awak anggap pada diri saya selama ni?, saya tak tahu apa yang awak takutkan selama ni?. Memang jujur itu kadang-kadang menyakitkan, tapi mendiamkan diri lebih sakit dan menderita dari kejujuran tu semua.

Saya korbankan kasih sayang saya untuk awak demi kasih sayang saya pada awak selama ini, dan awak tak perlu risau tentang saya. Saya tak pernah akan membenci awak, malah saya lebih sayangkan awak kerana awak pernah bahagiakan saya selama ini. Saya bersyukur sebab dalam mengenali awak dan mengenal erti kasih sayang yang sebenar dalam hidup saya. 

Awak merubah hidup saya walaupun seketika dan merubah prinsip saya yang selama ini saya pegang. Saya tak tahu sebab apa saya boleh usahakan untuk bertemu awak, walaupun jarak kita ketika itu adalah sangat jauh. Jikalau awak tinggal di sarawak sekali pun saya akan usahakan untuk kesana untuk bertemu awak.

Cinta kadang-kadang bukan hanya pada kata-kata, tapi usaha untuk mengatakan cinta yang sebenar dalam hidup. Maaf dari saya kerana tak dapat membuatkan awak bahagia sekali lagi, saya harap semua ni tak akan berakhir begitu sahaja, dan saya harap kita akan bertemu lagi suatu hari nanti jika takdir tertulis antara kita.

Akan ku doakan kesejahteraan awak disana, harap awak baik-baik saja disana. Perasaan saya tak akan pudar selagi awak masih ada dalam hati saya.

Sunday, February 3, 2013


Akhirnnya kebenaran tu dah terlerai semuanya, akhirnya aku tahu juga kenapa dia berdiam sepi. Rupanya dia takut untuk memberitahu hal sebenar yang berlaku. Aku tahu, kalau aku di tempat dia sekali pun, aku akan cuba buat benda yang sama.

Aku baru tahu yang dia terpaksa membuat pilihan yang agak sukar dalam hidup dia, adakah aku atau hajat terakhir yang arwah neneknya beri sebelum pemergiaannya. Aku rasa lemah bila mendengar semua itu, aku dah tak mampu untuk selamatkan apa-apa lagi. Bila aku tanya, dia makin mendiamkan diri.

Jadi aku gunakan jalan terakhir aku untuk dia berterus terang. Aku terpaksa block akaun aku, aku memang dah tahu yang dia akan tanya kenapa, tapi aku ingat dia nak marah aku bila dia call aku tadi, ternyata tidak. Dia lebih suka mesej dari terus memarahi aku?. Aku tahu dia akan membenci aku bila aku buat begitu, tapi itu jalan yang terbaik untuk menyedarkan dia. Dia bukan hidup seorang diri, ramai orang sekeliling yang sayangkan dia. Kenapa perlu berdiam diri setiap kali datang saja dugaan yang berat?.

Aku pernah berjanji akan cuba untuk mencari diri dia kembali, ya, dia memang marahkan aku sangat, benci apa yang aku buat, tapi itu saja nak menyedarkan dia. Aku buat semua ni sebab aku sayang sangat-sangat walaupun aku terpaksa korbankan kasih sayang aku selama ni. Aku nak dia sedar dari dunianya sendiri, dan bukannya berdiam diri. Cara aku buat dengan cara dia buat memang berbeza, sama jugak dengan sakit di hati. Berbeza-beza. Cuma sakit di hati aku adalah sayang, dan baginya sekarang adalah benci, tapi tak mengapa, itu aku kena tanggung sendiri. Sebab itu juga pilihan aku.

Aku harap dia akan berubah, jangan tinggikan ego sampai merosakkan semuanya. Walau ini sudah terjadi, aku tetap sayang dia sebab dia pernah bahagiakan aku ketika dulu, aku sikit pun tak ada perasaan benci terhadap dia. Sebab itu bukan pilihan dia, dan aku tak mampu untuk menghalang pilihan yang dibuat.

Entahlah, mungkin ini saja cara yang aku ada. Harap dia sedar sebelum ego itu memakan diri sendiri....

Saturday, February 2, 2013


Aku tak tahu nak selamatkan macam mana lagi hubungan ni, aku betul-betul buntu. Aku tak tahu perasaan sayang itu masih kekal lagi dalam hati masing-masing atau tidak, tapi yang pasti aku tetap sayang dia walaupun situasi antara aku dan dia menjadi tegang selama berminggu - minggu tanpa kata.

Aku tak tahu bagaimana harus aku lakukan lagi untuk pulihkan hubungan seperti sedia kala. Apa lagi yang harus aku korbankan untuk dia kembali seperti sedia kala. Semakin aku kejar, semakin jauh aku rasa dia pergi dari hidupku. Perlukah aku berhenti mengejarnya lagi? perlukah aku pasrah semua yang terjadi?. Aku takut kehilangan bila hati mula menyayangi si dia. Selama ini, tiada yang lebih memahami aku daripada dia. Hanya dia yang mampu ceriakan hatiku bila aku di dalam keresahan. 

Aku juga manusia yang mempunyai perasaan, aku tak boleh menahan sebak di dada ini. Setiap kali aku mengenangkan apa yang mungkin terjadi, air mata bagaikan menuruti apa yang aku rasa. Aku berharap dia kembali lagi seperti dulu, aku akan terus menunggu walau berapa lama sekali pun, aku ingin mengubah hidup aku dan ingin sekali untuk bersamanya hingga ke akhir hayat.

Wednesday, January 30, 2013



Dear my future kids, be nice to your mom, and dont try to make your mom angry at you, you wont like it if she angry. Although, sometime dad always make her angry, but i wont fight it back. Because life is not just about you, it about us. Family always stick together no matter what happen. Remember what dad told you, ok kids?!.

Dear future wife, I may not be a good husband for you, but i will try my best to be the best that i can. I will take care of you for the rest of my life. I love you so much my future wife!.

Dear future wife and kids, dont wait for me. I'm going home late this morning. Ready for you school day, ok kids?. Your mom will sent you there. See you all at home went you back from school.

Dear future kids, please take a good care of your mom if dad die tomorrow. Dont ever leave your mom alone. Give mom love like she gave you went you were a baby until now. Promise me kids?!.

Dear future kids, if mom get mad at you it doesnt mean mom hate you. Mom care about you, dont want anything happen to you. That mean she love you and dont want to lose you. Find mom, asked for forgiveness now kids. 

Dear future kids, i miss your mom so much. Can you give your mom a hug and a kiss for dad?. 

Dear future wife, i hope we get twin baby someday.

Dear future, please be nice to me. I hope my future wife will wait for me there. Im really excited to see her again. I do really miss her so much!.



What would you say to them?, i would like to read it?. (^_^)

Sunday, January 27, 2013



Isnin(28/01/2013)

Maaf, hari ni aku sendiri tak boleh nak fokus dengan kerja aku. Aku terlalu fikirkan dia yang kini mendiamkan diri dari aku. Aku sendiri tak tahu bagaimana lagi harus ku lakukan, setiap kali aku fikirkan dia, perasaan sedih menular dalam diri aku.

Aku tak mampu menahan sebak di dalam hati ini, entah la. Aku rasa, hubungan yang cuba dipertahankan semakin retak sedikit demi sedikit. Rantai yg diberikan kepadaku, ku genggam dan bila ku buka kembali tanganku,rantai tersebut terputus kepada 2?. Adakah itu petanda?.

Semakin hari, semakin parah dalam hati ni. Senyuman yang mampu aku lakukan hanyalah palsu, setiap kali aku bekerja atau bersendiri, hanya dia yang mampu aku fikir, aku bagaikan kehilangan separuh dari nafasku.

Apa lagi yang harus aku lakukan?, tolong la aku. Aku rasa tak bermaya dan tak bersemangat bila semua ini terjadi bila aku cuba untuk merubah masa depan. Aku hanya perlukan kejujuran dari dia. Itu saja. Susah ke?....

Friday, January 25, 2013

Sabtu(26/01/2013)

Semalam adalah shif malam pertama aku bersama john yang berasal dari Filipina, aku rasa kerja malam pun susah juga. Tak ada yang senang dalam kerja ni sebenarnya, Ramai yang takutkan aku bila bekerja di shif malam, ada hantu la, orang tua berjalan depan lobby la, dan macam-macam lagi la. Aku hanya ketawa, sebab diorang cuba nak takutkan aku dengan perkara tu, tapi memang la aku takut, tapi takut-takut berani la katakan.

Pukul 3 pulak kami meronda-ronda satu hotel tu, john kata nak cari hantu. Aku hanya gelak saja bila john kata macam tu. Jangan dia auchak-auchak ngan aku nanti sudah. Pagi tu memang tersangat sejuk, sampai muka and tangan aku pucat gila.

Malam ni aku harap takde la benda-benda tu semua. Doakan yang terbaik untuk aku!,






Jumaat(25/01/2013)

Salam jumaat semua,

Aku dah betul-betul buntu memikirkan salah yang aku buat untuk dia sampai mendiamkan diri sebegini rupa. Kalau betul aku yang salah, jujur saja dengan aku. Aku lebih suka orang berterus terang dari mendiamkan diri begini. Aku dah mengalah dan tak tahu nak pujuk macam mana lagi dengan dia. Bermacam-macam yang bermain di minda ini, aku rasa bagai hilang separuh dari jiwa aku ni, lemah sangat-sangat bila tanpa dia. 

Bagi aku dia adalah semangat dalam hidupku, semangat untuk merubah masa depan bersama. Tapi bila situasi jadi begini, aku bagaikan tak tentu arah tanpa dia. Dah dua tahun bersama menghadapi pelbagai dugaan yang mendatang tapi tetap masih boleh teruskan hubungan ini. 

Hati aku betul-betul resah bila dia menyepikan diri tanpa kabar berita. Apalagi yang harus ku lakukan?, apa lagi silapku?, apalagi yang dia nak sebenarnya?, dan banyak lagi yang bermain diminda aku ini. Aku hanya perlukan kejujuran yang selama ini dipegang. 

Bila hati dimiliki seseorang, aku hanya sayangkan dia sampai bila-bila. Tiada yang lain yang mampu aku fikirkan, hanya dia. Dan aku ingin dia menjadi yang halal buatku. Salahkah apa yang aku niatkan ini?.

Aku berjanji akan susah senang sama-sama dan sehidup semati dengannya jika itu takdir antara aku dan dia. Harap semua keraguan dan keresahan dalam hati ini akan tamat nanti. Aku tak inginkan perpisahan ini berlaku.

Aku harap kerja nanti aku boleh fokus, aku perlu mara ke hadapan untuk mencapai impian masa hadapan yang cerah dan berkongsi kebahagiaan itu bersama dia. Insyaallah...

Thursday, January 24, 2013

Khamis(24/01/2013)

Sebenarnya aku dah lama ada perasaan stress, tapi aku tak tunjukkan ditempat kerja sangat sebab aku cuba fokus bila berada di tempat kerja. Masalahnya sekarang, semalam memang aku tak boleh lansung nak fokus dekat kerja bila dia mendiamkan diri dengan aku, dia membuatkan aku rasa sangat risau, entahlah, mungkin dia dah benci dekat aku, mungkin dia dah berputus asa dalam hubungan ni atau sebaliknya. Macam-macam yang aku fikir tentang dia bila dia mendiamkan diri dengan aku.

Tadi aku buka Facebook dan status dia menyata kan, " Aku benci itu!". Aku tiba-tiba rasa tersentap hati bila baca status tu, adakah dia dah mula benci kat aku?, dan sebab itulah dia tak balas mesej aku?, tak angkat call aku?, dah bertambah persoalan dalam fikiran aku ni, aku dah betul-betul buntu sekarang ni.

Bila aku fikirkan balik, mungkin salah aku juga, aku pun tak tahu la. Perkara yang remeh dianggap besar baginya agaknya, tapi aku tak pernah salahkan dia dalam hal ni, mungkin salah faham yang membuatkan ego seseorang berubah, termasuk aku jugak kalau situasi itu berlaku. Aku harap hubungan ni masih boleh dipulihkan tak lama lagi, aku tak nak perkara ni jadi teruk lagi.

Aku terlalu sayangkan hubungan yang dibina sekian lama walaupun bermacam-macam dugaan yang mendatang, aku terlalu sayangkan dia, tak pernah terlintas difikiran untuk menduakannya. Jarak dan agama bukan perbezaan untuk kekal bersama, yang pasti adalah hati yang menetapkan kepastian yang mendatang.

Aku harap semua ni akan berakhir tak lama lagi....

Wednesday, January 23, 2013

Rabu (23/01/2013)

Kerja petang ni aku rasa best sangat sebab masih tak ada tekanan. Kak Arnie ajar aku dengan teliti walaupun aku asyik terlupa dan asyik buat silap. Dia kata lepas ni dia nak bawak rotan kalau aku silap, tak pun nak tampar muka aku kalau aku tergagap masa sambut tetamu. Perghhh!, agak brutal jugak ni. Tapi memang best la malam ni bagi aku, still boleh belajar lagi dalam masa yang sama. Tak sama seperti mana si Wan ajar aku dulu. Tak se detail yang kak Arnie ajar.

Betul la kata orang, lain orang lain cara. Tapi aku boleh terima ajaran dari mentor kak Arnie, she the best la bagi aku. Mentor yang aku boleh anggap, hebat la. Kagum jugak aku tengok cara dia kerja. Harap aku boleh jadi macam dia tak lama lagi.

Aku cuba buangkan perasaan takut seketika walaupun perasaan tu tetap ada, aku akan cuba kawal perasaan gemuruh tu.

Kalau cerita bab gosip ni, aku malas la nak ambik tahu kan, biar kat orang yang ada kat situ je la jadi saksi, tak payah sangat nak heboh sana sini. Lagi pun, tu bukan cara aku dan aku tak suka nak bergosip sangat bab-bab macam ni. biar je la stop kat situ je. Walaupun ada cerita yang tak elok tentang aku, lantak la kat diorang. Ada aku kisah?.

Selagi tak menjatuhkan maruah aku, aku boleh terima kutukan tu. lantak la apa orang nak kata, janji aku buat kerja aku sudah.

Tuesday, January 22, 2013






Selasa (22/01/2013)

Maaf sebab tak sempat nak update untuk semalam, sebab aku dah mula start keje petang,jadi aku tak sempat nak update blog ni. Semalam aku cuba yang terbaik yang mungkin, tapi aku rasa macam sama saja seperti hari yang lain. Yang bagusnya adalah, aku dah dapat buat reservation untuk 3 costumer di dalam talian. Okey la tu kan?, dapat jugak komisen bagi sorang costumer sebanyak RM5. Tu baru sikit, kalau banyak lagi, aku pun tak terkira duit tu.

Kerja dengan kak Arnie memang best, walaupun time keje dia sangat-sangat serius, tapi time takde orang dia sangat-sangat funny. Kak Arnie sangat petah berkata-kata, bukan macam aku, berat sangat mulut ni nak bercakap, macam ada ketulan batu 50kg yang tersekat dalam mulut aku ni. Grrrrrrr!!, geram jugak aku dibuatnya.

Kadang-kadang bila costumer calling and speaking, mula la aku gelabah sebab nak cakap balik tu sangat lambat, dan kadang-kadang apa yang aku cakap tu tak berapa nak sopan. Tu pun Kak Arnie yang tegur aku dan perbetulkan apa yang salah.

Semalam Encik Shah ada cakap yang aku akan handle shif untuk petang ni, aduhai... Boleh ke ni?, serius aku terus blur semalam. Aku harap aku boleh handle dengan baik untuk hari ni. Doakan yang terbaik untuk aku. Terima kasih..


Monday, January 21, 2013






Isnin (21/01/2013)

Ok, hari agak mencabar jiwa olah raga tenaga batin aku habis. Aku masuk shif wey?!. Baru training tak sampai seminggu dah masuk shif. Terkejut sambil buat muka bangang disitu, dalam otak aku duk cakap ngan aku balik, " boleh ke aku buat ni?, boleh ke aku faham semua ni?, kau boleh ke ery nak handle semua ni nanti?", dan bermacam-macam lagi la yang mengutuk diri aku balik.

Memanglah aku boleh buat sikit apa yang diorang terangkan tu, tapi kadang-kadang aku lupa dan kadang-kadang tu aku macam tak yakin apa yang aku buat tu betul atau tidak. Benda yang aku paling takut adalah berhadapan ngan pelanggan yang datang nak Check in bilik. Aku macam tak tahu nak cakap apa. Entahlah, memang dah  mungkin itu kelemahan aku sampai sekarang agaknya, mungkin jugak cara aku yang jarang bergaul dalam dunia luar ni. Hanya berhadapan dalam alam maya yang aku mampu.

Kak Arnie pun ada tegur aku jugak, dia cakap yang aku ni gelabah/kelam kabut. Memang pun, aku sendiri pun sedar dan aku tak salahkan dia pun dia tegur aku macam tu. Kak Arnie ada cakap yang dia sangat tegas dalam hal kerja dia, dan aku tak salahkan dia kalau dia nak marah aku sekali pun time keje tu. Dah tu memang salah aku kan?. Terima seadanya teguran yang diberi, kalau tak, sampai bila aku nak mahir dalam hal ni semua. 

P/s : Bila Akak Arnie buat muka garang dengan mata besar dah macam Pontianak Masak 3 Rasa dah aku tengok. Seram derrrr.. -.-" Tapi bagi aku, dia memang baik!.

Sunday, January 20, 2013




Ahad (20/01/2013)

Hari ni bagi aku, boleh la rasanya walaupun agak kebengongan apa yang aku buat, aku sendiri pun tak tahu. Kerja memang kerja, tapi nak masuk kepala hotak ni macam susah sebab selalunya aku kerja aku banyak kepada kemahiran dari berdepan ngan komputer ni. Walaupun aku pernah belajar IT tapi tak rasa aku minat kerja duduk pada satu tempat.

Tapi mana ada kerja yang senang kan? semua lalui dengan susah dulu, baru kita tahu benda tu senang atau susah. Aku akan cuba untuk memahami dengan cepat walaupun RAM dalam kepala hotak ni tak laju, akan ku cuba jugak!.

Supervisor yang diberi nama Mr.Shah ada cakap yang dalam minggu ni dia akan pecahkan kami untuk shif. Masa tu aku dah bertambah kebengongan walaupun buat-buat muka tak bersalah. Aku terima cabaran baru ni, aku harap aku boleh. Boleh ke?....

Aku tak kisah aku join belah sape pun, janji kerja. Niat aku nak cari duit dan beli kereta. Ye kot?. Aku pun tak tahu nak beli ape sebenarnya. -_-"

Oklah, sampai disini dulu untuk hari ni, esok mungkin lagi mencabar rasanya.

Saturday, January 19, 2013


Assalamualaikum, kat sini la aku bekerja sekarang, di Century Pine Resort sebagai Front Office. Mula-mula aku pun tak percaya yang aku akan dapat keja kat Cameron Highland ni sebenarnya, aku duk mencari kerja kosong kat johor biar dekat dengan si dia. Seminggu sebelum diorang call aku, aku masih lagi berada di Sri Gombak kat rumah pak cik aku, mana la tahu ada kerja kosong kat sana jugak ke kan. So, pagi-pagi lagi aku dah dapat panggilan dari sorang amoi ni, aku pun dah lupa la pulak nama dia. Dia yang tanya adakah aku berminat kerja di Cameron Highland tu. Dah sah-sah la aku minat walaupun tempat kerja dia sangat sejuk.

Hari Pertama : Khamis (17/01/2013)

Hari pertama aku kerja kat sini, aku agak sedikit segan silu jugak la, bukan sikit aku rasa, banyak jugak la segannya tu. Satu apa pun aku tak tahu tentang FO ni, almaklum la kan, ni 1st time aku kerja kat sini, mahunye aku tak blur. Diorang ajar aku pun, masuk tak sampai ke dalam otak aku macam di block oleh security wall antivirus macam tu la. Tapi lama kelamaan orang lama yang bernama si Wan ni terang, rasanya aku semakin nak faham tapi belum tentu faham. ok, faham?. 

Shif malam ditukar oleh kak Arnie kalau tak silap aku la, sebab aku dengar hujung-hujung je la. Serius aku kagum dengan cara kerja dia, dengan speaking yang agak fasih. Perghh!, lembut sungguh lidah dia. Memang kagum la bagi aku. Teringin nak jadi semangat kental macam dia, relax je dia layan costumer, bukan macam aku, takut-takut je nak jawab. -_-"

Hari Kedua : (18/01/2013)

Hari kedua ni okey sikit la dari semalam berani nak angkat telefon jawab soalan yang costumer tanya, tu pun sebab aku ingat pesan akak Arnie " Tak payah takut, buat relax je, diorang bukan nampak kita pun apa yang kita buat, korang pun tak nampak dia jugak kan?, so nak buat apa nak takut?.". Tu yang aku berani nak angkat tu, walaupun jawab kadang-kadang ada yang lupa terutama sekali tentang bilik, harga bilik dan macam-macam lagi la.


Hari Ketiga : (19/01/2013)

Hari ni sangat-sangat ramai yang check in dan check out, aku sendiri rasa blurr dan lupa tentang apa yang di ajar semalam, memang aku tengok Wan tersangatlah tension sebab dia terpaksa support semua yang baru seperti aku. Training FO sebenarnya ada 3 termasuk aku, yang lagi 2 tu perempuan yang diberi nama Kesh dan Lia. Tapi Kesh cepat sangat belajar dan english dia pun okey sangat-sangat sebab mungkin bangsa india ni lebih fokuskan dalam bahasa english dan tak mudah rasa malu macam budak melayu ni kan. 

Hari ni hampir aku melayang gaji 2 bulan aku, kalau tak aku kena bayar RM1500 sebab aku check out tak offline credit card. Takut jugak aku bila dapat tahu macam tu, nasib baik la akauntan amoi tu kasi tahu aku yang diorang boleh settlekan semuanya. Tersangat la takut sampai sekarang ni, harap tak jadi benda yang sama selepas ni. Risiko yang agak besar bagi aku.