Showing posts with label Seindah Bicara. Show all posts
Showing posts with label Seindah Bicara. Show all posts

Thursday, February 16, 2012



Hurm..Maaf?. Ada apa dengan maaf?, kalau perkara yang lalu diulangi berulang kali?, masih mampukah untuk memaafkan seseorang itu?. Apakah yang kau minta maaf ini patung boneka ataupun manusia yang tiada mempunyai perasaan yang mampu kau buat apa saja tanpa berfikir?, itu yang kau anggap, ataupun tiada ungkapan lain bagi meleraikan kesakitan dalam hati seseorang itu apabila ditusuk berulang kali?.

Aku manusia yang punya perasaan, bukan boneka ataupun robot yang boleh kau buat sesuka hati. Bila kau perlu, aku setia menanti dan mendengar luahkan kesedihan yang menimpa kau selama ini, tapi bila kau telah mencapai dan bertemu kebahagiaan kau, kau buang aku macam sampah!. Jika aku dilahirkan tidak mempunyai perasaan, aku tak kisah macam mana kau nak pergunakan aku. 

Memaafkan seseorang memang senang,tapi hati yang sakit?, bila pula dia akan sembuh?. Kalau kau tak sisihkan aku, aku tak kan sakit hati macam ni. Kau akan sedar nanti, apa perasaan yang aku rasa sekarang...


Sunday, February 12, 2012


Aku tak tahu apa yang aku rasa sekarang ni?, perasaan yang aku sendiri tak dapat nak ungkapkan?. Yang pasti, denyutan jantung aku seperti tidak berdegup seperti biasa. Kesakitan itu datang bila aku mula mengimbas kembali sesuatu yang tak pasti bagi diri aku ini.

Yang pasti, aku akan sentiasa tersenyum walaupun di benak hati ini sukar. Aku sedar, yang aku menipu diri aku sendiri, tapi ini adalah yang terbaik untuk menjaga perasaan orang lain kan?. Walau parah macam mana sekali pun, aku akan tetap tersenyum.

MAAFKAN AKU.....

Friday, February 10, 2012


Aku sendiri tidak tahu apa perasaan yang aku rasa sekarang?. Adakah aku betul-betul membenci si dia atau sebaliknya?. Aku tahu yang aku selalu disisihkan bila seseorang itu menemui kebahagiaannya, tapi mengapa aku mesti merasa sakitnya hati ini apabila ia berlaku?. Aku tidak sepatutnya merasakan begitu, aku sepatutnya gembira dan bersyukur yang dia telah menemuni cinta sejatinya. 


Apa yang aku rasa sekarang adalah seperti sampah!. Bila aku diperlukan, aku dicari bagi menemani hari-hari sepi yang tidak dapat ditanggung seorang diri, tapi bila sudah menemui kebahagiaan dalam diri ini semula, aku dibuang bagaikan patung yang tidak bernyawa. Layakkah aku menerima semua ini untuk kebahagiaan yang dicari sehinggakan aku sanggup mengkhianati perasaan aku sendiri demi kebahagiaan orang lain.


Terima kasih atas segalanya yang diberi, aku terima seadanya...

Monday, February 6, 2012


Aku tidak dapat meluahkan perasaan aku ini kepadanya walaupun hati aku ini mahu. Aku hanya mampu melihat kau pada jarak yang jauh. Aku tahu hati kau sudah di miliki oleh seseorang yang teristimewa untukmu, tapi itu telah cukup membuatkan aku bahagia bila dapat melihat senyuman yang terindah terukir di wajahmu itu. Aku tidak mahu lagi melihat air mata yang mengalir di wajahmu itu, cukuplah penderitaan yang kau terima selama ini, janganlah kau titiskan lagi air matamu ke bumi demi lelaki yang belum tentu menjadi jodoh yang halal buatmu.

Jika aku adalah pilihan hatimu, akan ku jaga dirimu itu dan menyintaimu hingga hembusan nafas terakhirku, dan aku ingin kau tahu yang aku hanya menyintaimu sejak pertemuan kali pertama denganmu. Hingga ke hari ini, ia masih segar diingatanku. Senyumanmu sudah cukup menenangkan fikiranku yang celaru.

Setiap pertemuan kau dan aku sudah cukup membuatkan hati aku berdegup kencang bagaikan dipukul ombak yang kuat, ingin saja aku luahkan apa yang tersirat dalam hati aku, yang aku menyintai kau selama ini dan tidak mahu kehilangan kau sekali lagi dalam hidup aku, tapi lidahku kelu seperti dikunci rapat oleh sesuatu.

Aku harap masih ada ruang dan sinar antara kau dan aku untuk bersama, walaupun aku tidak tahu jodoh antara kita telah ditakdirkan mahupun tidak. Aku akan menunggu dan menanti saat itu tiba untuk aku luahkan apa yang terbuku dalam benak hati aku yang paling dalam.

Aku akan cuba membahagiakanmu jika kau milikku. Itu adalah sumpah ku kepadamu. Aku harap ia bukan hanya sekadar mimpi dalam tidurku ini, kerana jika ia hanya sebuah mimpi, aku lebih rela tidur sepanjang hari untuk bersamamu.