Memandang kes yang melibatkan masalah mengawal tekanan dan psikologi di Malaysia ni kadangkala agak merisaukan, apa kata, selain berdoa agar semuanya akan menjadi baik, Anem kongsikan sikit tips, atau cara untuk mengubati hati yang lara..[ops], untuk mengubati rasa kecewa dan tekanan yang dilalui kita seharian.
Cara ubati hati:
Sentiasa berbaik sangka.
Antara langkah berbaik sangka adalah dengan tenang, rela hati, jangan sombong-sombong.
Buang segala hasad dengki
Jangan tergolong dalam mereka yang jadi batu api dan kuat mengumpat serta mengata orang lain. Kita taknak orang buat macam tu dekat kita, kita pun tak suka akhlak demikian, jadi gembiralah untuk kebahagian dan kegembiraan kawan-kawan atau saudara mara kita, yang kita sayang tu, okkay!
Senyumlah.
"Senyum!". Ia juga sedekah dan awet muda.Jika senyum kan nampak manis, jadi senyum sajalah, tak tahu senyum? Belajar ! Hihi
Gemar menghadiri majlis ilmu
Majlis ilmu ini macam ceramah, majlis zikrullah, tilawah al-quran dan berkaitan dengannya, insyaallah hati akan jadi lebih tenang, dan lembut :)
Hiasi diri dengan sikap Ikhlas.
Alamak! Ini yang susah sikit ni. Ikhlas kan hati maksudnya tak mengharapkan pujian dan kemasyhuran manusia. Niat semua keranaNYA , niat kena bersih tanpa tujuan yang tak okkay. Apapun siapa yang tahu hati kita, hanya kita dan Alllah sahaja,kan.
Cara untuk kurangkan tekanan
Be positif, anggap sesuatu yang terjadi di luar kawalan kita, cuba motivasikan diri supaya tak marah-marah, bersenam, makan makanan berkhasiat, tidur dan dapatkan rehat yang cukup, elak ambil dadah dan alkohol, dapatkan sokongan orang-orang terdekat serta urus masa anda dengan lebih baik.
Cara ubati rasa kecewa
Belajar terima kenyataan, fahami punca masalah supaya elak berulang, luahkan perasaan- cari orang yang mahu mendengar- yang sudi melayan perasaan kekecewaan kita.Belajar sayang diri sendiri supaya orang hargai diri kita, jangan salahkan orang lain, relakslah ,tuduh orang pun bukan selesai masalahkan?- Selalu berfikir positif, rehatkan fikiran dengan baca atau buat apa yg kita suka –tenang okay!
Kembalilah bersemangat!:
Setiap hari adalah istimewa, bersyukur dengan apa yg kita alami-banyak dipelajari, perbaiki hubungan dengan manusia, jadikan hidup lebih bermakna, hargai perkara-perkara yang mudah jangan rumitkan, jangan kalah dengan perasaan sendri yang entah apa-apa- kita kuat okay! Luangkan masa dengan tersayang, senyum dan : kitbalaslah senyumannya! Hargai diri, penuhi keinginan hati dengan segera supaya tak kecewa!
0 comments:
Post a Comment