Sunday, July 22, 2012


Hari ini aku tak keluar mana-mana pun. Duduk rumah dari pagi sampai la berbuka, entah kenapa malas sangat nak keluar minggu ni. Sebenarnya, kereta kat workshop tengah repair, tu pasal duk kat rumah je tuh. Hahaha!, kalau tak, dah lama keluar masa macam ni. Mesti tak lekat kat rumah punya la.

Apa aku buat kat rumah?, haaa...aku dah mula berjinak-jinak dengan lagu k-pop. Jangan tanya kenapa, ni adik aku punya pasal la. Asyik duk pasang lagu k-pop ja, aku sendiri dah terikut pulak. Lepas ni, aku nak layan RUNNING MAN dari mula. Hehehe..


Esok kancil aku nak keluar workshop, dapat la aku keluar meronda-ronda balik macam selalu, tapi lepas sembahyang terawih la bulan ni. Lagi pun hari isnin ni ada temuduga, doakan aku dapat keje ok. Salam....



0 comments:

Post a Comment