Tapi masa aku bersin, aku tak perasan pulak ada darah, banyak kali jugak la aku bersin dalam seminit. Pernah sekali, bersin sampai nak pengsan. Asyik bersin tak berhenti-henti, mahu tak parah penafasan aku ni.huhuhu...
Semalam masa aku dapat mesej dari member aku yang rumah dia kena pecah, tu lagi satu masalah. Aku pulak kat kulim masa tuh, bukan kat bandar baharu. Susah jugak aku nak pegi, then hari ni baru aku pergi sebab parent aku nak balik sini. Aku dapat tahu yang pecah rumah dia kawan dia sendiri, hurmm..biasa la, kawan makan kawan, tapi awal-awal lagi dah tahu dah dia ni kaki rembat. Inysaallah, tengah tunggu jalan selanjutnya nak perangkap dia. Ramai orang target, tunggu masa je.
Mesti korang ingat tajuk ngan cerita yang aku nak cerita ni tak masuk kan? Hahaha!. Takde la..Aku rasa macam dah tiba aku berhenti merokok kot. Entah la, tetiba rasa nak berhenti merokok. Nie pun masa isap rokok lagi ni, tadi member pelawa pun aku buat-buat senyum la. Malas nak ambik. Boleh pulak aku tolak bulat-bulat. Hahahaha!.
Harap-harap aku boleh berhenti bulan ni dan selamanya, untuk kebaikkan generasi anak aku..hohoho! jangan gelak!.
0 comments:
Post a Comment