Saturday, July 21, 2012



Pagi-pagi lagi aku dah kena bangun awal. Saudara nak datang la katakan. Takkan nak sambut ngan tidur je kan?. Tak sampai 30 minit lepas aku mandi, saudara - mara aku datang. Datang nak ambik mak aku pergi KL nak ziarah atok aku kat sana. Aku tak boleh nak pergi sebab ada temuduga dengan bos yang cafe baru nak buka tu, harap-harap dapat la. Bosan juga asyik duduk rumah je kan?, mana lagi nak simpan duit. Kahwin?, bila lagi nak membujang kan?, takkan sampai ke tua pulak kan. Orang yang menunggu tu, takkan nak tunggu je?, tak pasal-pasal kene kebas dek orang lain. Melepas tak sudah aku. Menangis cam DVD rosak pulak nanti aku. hahaha!.


Petang tu memang malas la aku nak keluar, tapi adik aku ajak aku keluar pergi penang, nak tengok wayang cerita BATMAN la kononnya. Setiba ja dekat penang, wayang yang petang punya cerita baru je start, yang tinggal hanya tengah malam ni. Mahu di jadikan cerita, aku ngan adik aku set untuk tengok malam la kiranya ni, dah boking tiket siap dah. Alih-alih bapak aku call, dia cakap nak hantar kereta pegi repair hari ni. Nak buat macam mana, tak boleh jugak la nak tengok wayang. Adik aku pegi ngan member dia naik motor, takpe la kan, takde rezeki. Bila-bila boleh tengok lagi cerita tuh.


Hurmm.. sahur ni aku makan ngan bapak aku je la, masih terfikir nak masak ape sahur nanti. Abah ada cakap suruh buat nasi goreng je, tengok la nanti. Kalau aku rajin, aku buatlah. Kalau tak rajin, buat la lauk ape-ape pon. Hari pertama korang puasa macam mana pulak hari ni? ok ke tak?. :)



0 comments:

Post a Comment