Monday, June 11, 2012



Maafkan aku kerana mencintaimu dan membuatkanmu jatuh cinta terhadapku. Aku tak mampu melawan perasaan yang datang secara tiba-tiba. Aku bukan meminta untuk dicintai dan kau juga begitu, tapi takdir menemukan kita walaupun berlainan agama antara kau dan aku. Aku tetap mencintaimu, jika ditakdirkan kita ke jinjang pelamin, akan ku jaga dirimu hingga hujung nyawa bersamamu. Aku tahu ini sesuatu yang tidak kita rancang, tapi pertemuan ini telah memberi erti apa itu kebahagiaan walaupun ia mungkin seketika atau sebaliknya. 

Aku inginkan kau menjadi milikku selamanya. Aku tahu betapa banyak dugaan yang harus kita tempuhi sebelum mencapai tahap kebahagiaan sebagai suami isteri. Bersabarlah wahai sang puteri yang selalu menyinari hidupku, akan ku sinari hidupmu dengan menyarungkan cincin di jarimu tidak lama lagi. 

Jika kita tidak ditakdirkan untuk bersama, aku doakan kau bahagia bersamanya, kerana kebahagiaan kau adalah kebahagiaan aku. Aku hanya ingin melihat engkau tersenyum dan ia sudah cukup membuatkan hati aku tenang apabila melihat dirimu bersama pasanganmu itu. Jangan sesekali kau menitiskan air mata atas apa yang akan berlaku kelak jika hubungan ini tidak seperti yang dirancang, kerana semua ini bukan kita yang tentukan. Kita cuma merancang, yang selebihnya Allah S.W.T yang menentukannya.

P/S:Sekadar perbualan minda.

0 comments:

Post a Comment