Wednesday, January 18, 2012

assalammualaikum semua,


Hmmm.., hari ni ery nak cerita tentang "Cinta jarak jauh". Mesti semua pernah kan?, bercinta pada yang jauh dari tempat kita sendiri?. kadang-kadang si lelaki di utara dan si gadis pula di selatan. Memang banyak dugaan yang harus kita tempuh bila kita sama-sama berjauhan dengan orang yang kita sayangi walaupun tidak pernah bertemu. Pelik kan cinta ni?, bagaimana hati ini tiba-tiba berubah walaupun hanya kenal dalam dunia maya?, dan ada kalanya hanya kebetulan, tiba-tiba hati kita terpaut pada si dia yang bernama lelaki  atau wanita. 

Cinta pada zaman dulu, memang susah untuk bertemu, malah ada yang kenal dan bercinta selepas kahwin, pernah dengar?, tapi zaman sekarang, cukup senang. Tekan butang pada telefon bimbit saja, kita boleh berbual selama  mana yang kita mahukan walau di mana jua kita berada, buka laptop boleh saja kita berbual di dalam laman web seperti facebook, twitter, friendster, myspace, dan sebagainya, dan ada kalanya melalui Webcam yang membolehkan kita melihat sendiri wajah masing-masing sambil berbual. Terasa cinta yang di semai pada jarak jauh seperti berada dekat di sisi kita.

Tapi dalam kebahagiaan yang kita cari, tidak semestinya berakhir dengan kegembiraan. Setiap yang bercinta, mesti akan melalui onak duri kekecewaan dalam perhubungan. Ery bukan mahu menyatakan yang cinta pada jarak jauh ini adalah cinta yang palsu semuanya, ada juga yang bahagia dan kekal ke hari ini dan ia hanya bermula perkenalan di dunia maya ini saja. Ery harapkan cinta yang mereka semai selama ini akan kekal selamanya dan boleh di ceritakan kepada anak cucu mereka nanti, alangkah bahagianya masa itu.

Yang perlu penting dalam bercinta pada jarak jauh ialah:
KEJUJURAN antara sesama agar tidak ada satu pun mempunyai perasaan yang boleh mendatangkan curiga antara semasa dan membawa keretakan yang telah lama terbina selama ini, mungkin sesetengah orang. Jujur ni terlalu remeh di perkatakan, tapi bagi Ery ia sudah cukup memberi kepercayaan dalam hati ini.

KESETIAAN harus wujud walaupun pada jarak yang jauh, kita tidak tahu apa yang akan berlaku di sebalik jarak yang menghalang. Kadang-kadang, ada insan yang teringin sangat untuk berjumpa, tapi takdir yang menentukan kita sama ada ditemukan atau sebaliknya. Kesetiaan yang utuh membuatkan cinta lebih membara dan penuh makna dalam penantian sebuah pertemuan.

EGO antara sesama harus di elakkan, walaupun sama-sama tidak mahu mengalah tiap kali bergaduh atau bertengkar, dan jangan sesekali menungkit kisah lama atau yang berkaitan sejarah silam bersama pasangan yang telah lama pergi. Ia akan membuatkan hubungan kita bertambah rumit untuk di selesaikan.







0 comments:

Post a Comment