Monday, January 23, 2012


Aku tahu aku tidak sempurna untuk memilikimu sepenuhnya, walaupun kau tidak tahu yang aku mencintaimu lebih dari segalanya yang aku inginkan. Berikanlah peluang dalam hidupmu untuk menerima aku andai kata, hatimu itu sudah cukup menderita dipermainkan lelaki yang tidak menghargai cinta yang kamu beri selama ini. 

Akan aku cuba menghampiri hatimu itu hingga kau sedar siapa aku sebenarnya dalam hati kamu, aku tidak akan memaksa kau untuk jatuh cinta dengan aku. Paksaan membawa keretakan dalam hubungan yang aku ingin bina, dan aku tidak mahu kau terima aku atas dasar simpatimu. Jika kau dapat membaca hatiku, kau pasti akan faham kenapa aku masih setia menunggumu, walaupun aku masih mampu tersenyum bila melihat engkau bersama yang lain.

Biarlah aku menjadi cinta terakhir buatmu, akan ku menjagamu seadanya dan menyayangimu seperti engkau menyayangiku. Aku tahu hatimu merasakan sesuatu, tapi aku tahu kau takut untuk semua ini. Aku juga begitu, aku tidak mahu kehilanganmu sepenuhnya jika kita ditakdirkan berpisah buat selama-lamanya. Aku biarkan hubungan kita hanya sebagai sahabat, ia lebih baik dari kehilanganmu.




0 comments:

Post a Comment