Contoh: anak pertama (tanah),anak kedua ( air),anak ketiga (api)dan ke empat( angin)
setelah mengetahui jenis unsur ini maka bolehlah dirujuk bagi apakah unsur anda.
1: TANAH
Sifat tanah dikaitkan dengan sifat deria,ia tergolong sebagai sifat kewanitaan.orang yang menyedari kewujudannya di sini dan kini,menghargai kebendaan, keras hati, sabar, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap dan percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria.
2: AIR
Sifat air dikaitkan dengan jenis perasa, ia tergolong sebagai sifat kewanitaan,lemah lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak dan artistik.
3: API
Sifat api dikaitkan sebagai jenis intuisi(berkebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu) ia tergolong sebagai sifat kelakian, pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudak-budakkan, atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan.
4: ANGIN
Sifat angin dikaitkan dengan jenis pemikir. Ia tergolong sebagi sifat kelakian, lelaki ini berpegang kepada teori tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura.
Penentuan Jenis Unsur Lelaki Berdasarkan Anak Keberapa:
Samada seseorang lelaki itu tergolong kepada jenis Tanah, Air, Api atau Angin boleh ditentukan menerusi anak keberapakah dia. Susunan unsur ialah:
(1) Tanah pertama kelima kesembilan
(2) Air kedua keenam kesepuluh
(3) Api ketiga ketujuh kesebelas
(4) Angin keempat kelapan keduabelas
0 comments:
Post a Comment