Jumaat(25/01/2013)
Salam jumaat semua,
Aku dah betul-betul buntu memikirkan salah yang aku buat untuk dia sampai mendiamkan diri sebegini rupa. Kalau betul aku yang salah, jujur saja dengan aku. Aku lebih suka orang berterus terang dari mendiamkan diri begini. Aku dah mengalah dan tak tahu nak pujuk macam mana lagi dengan dia. Bermacam-macam yang bermain di minda ini, aku rasa bagai hilang separuh dari jiwa aku ni, lemah sangat-sangat bila tanpa dia.
Bagi aku dia adalah semangat dalam hidupku, semangat untuk merubah masa depan bersama. Tapi bila situasi jadi begini, aku bagaikan tak tentu arah tanpa dia. Dah dua tahun bersama menghadapi pelbagai dugaan yang mendatang tapi tetap masih boleh teruskan hubungan ini.
Hati aku betul-betul resah bila dia menyepikan diri tanpa kabar berita. Apalagi yang harus ku lakukan?, apa lagi silapku?, apalagi yang dia nak sebenarnya?, dan banyak lagi yang bermain diminda aku ini. Aku hanya perlukan kejujuran yang selama ini dipegang.
Bila hati dimiliki seseorang, aku hanya sayangkan dia sampai bila-bila. Tiada yang lain yang mampu aku fikirkan, hanya dia. Dan aku ingin dia menjadi yang halal buatku. Salahkah apa yang aku niatkan ini?.
Aku berjanji akan susah senang sama-sama dan sehidup semati dengannya jika itu takdir antara aku dan dia. Harap semua keraguan dan keresahan dalam hati ini akan tamat nanti. Aku tak inginkan perpisahan ini berlaku.
Aku harap kerja nanti aku boleh fokus, aku perlu mara ke hadapan untuk mencapai impian masa hadapan yang cerah dan berkongsi kebahagiaan itu bersama dia. Insyaallah...
0 comments:
Post a Comment