Isnin (21/01/2013)
Ok, hari agak mencabar jiwa olah raga tenaga batin aku habis. Aku masuk shif wey?!. Baru training tak sampai seminggu dah masuk shif. Terkejut sambil buat muka bangang disitu, dalam otak aku duk cakap ngan aku balik, " boleh ke aku buat ni?, boleh ke aku faham semua ni?, kau boleh ke ery nak handle semua ni nanti?", dan bermacam-macam lagi la yang mengutuk diri aku balik.
Memanglah aku boleh buat sikit apa yang diorang terangkan tu, tapi kadang-kadang aku lupa dan kadang-kadang tu aku macam tak yakin apa yang aku buat tu betul atau tidak. Benda yang aku paling takut adalah berhadapan ngan pelanggan yang datang nak Check in bilik. Aku macam tak tahu nak cakap apa. Entahlah, memang dah mungkin itu kelemahan aku sampai sekarang agaknya, mungkin jugak cara aku yang jarang bergaul dalam dunia luar ni. Hanya berhadapan dalam alam maya yang aku mampu.
Kak Arnie pun ada tegur aku jugak, dia cakap yang aku ni gelabah/kelam kabut. Memang pun, aku sendiri pun sedar dan aku tak salahkan dia pun dia tegur aku macam tu. Kak Arnie ada cakap yang dia sangat tegas dalam hal kerja dia, dan aku tak salahkan dia kalau dia nak marah aku sekali pun time keje tu. Dah tu memang salah aku kan?. Terima seadanya teguran yang diberi, kalau tak, sampai bila aku nak mahir dalam hal ni semua.
P/s : Bila Akak Arnie buat muka garang dengan mata besar dah macam Pontianak Masak 3 Rasa dah aku tengok. Seram derrrr.. -.-" Tapi bagi aku, dia memang baik!.
0 comments:
Post a Comment