Tuesday, July 31, 2012


Apa yang boleh aku buat kat rumah kan?, tinggal lagi 3 hari lagi untuk aku start keja. Dah tak sabar aku dari duk dalam rumah. Boring jugak kalau duit tak masyuk. Huhuhu.. Kadang-kadang guitar jugak la jadi tempat aku melayan perasaan orang yang jauh. Kehkehkeh. Lagu ni yang aku selalu main. Dengar mesti tangkap cintan punya la.

Cermin Band - Untuk Selamanya


Lagu ni la yang aku layan masa aku dah tak tau sangat nak buat apa..huhuhu..Harap korang terhibur dengan lagu ni.


Bila di fikirkan balik, aku ni macam gila pun ada. Menanti yang tak pasti kan?, boleh ke macam tuh?, betul ke aku buat ni hingga ke hari ini?. Hurm, kadang-kadang jadi tanda tanya yang aku sendiri tak terjawab.


Kadang bila di fikirkan, jarang jauh pun ok jugak kan?, aku terlepas dari godaan dan yang akan mengundang ke arah yang maksiat. Aku sendiri pernah cakap kat dia macam dan dia sangat memahami apa yang aku cakap. Aku taknak apa-apa yang tak elok jadi ke atas dia, biarlah sampai ke jinjang pelamin jika direstui.



Hurm, betul ke apa aku buat ni?,kenapa aku asyik terbayang dia je?, aku tahu dia sangat-sangatlah jauh dari aku, tapi kenapa aku masih berpegang dengan janji tuh sampai ke hari ini.?. hurm..


Kadang-kadang aku ingin jugak jadi macam orang lain, tapi nak buat macam mana kan, hajat tak kesampaian. Aku hanya menunggu hari untuk bertemu dengannya suatu hari nanti. Selama aku kenal dia, aku tak terasa nak kenal mana-mana wanita dalam hidup ni. Walaupun perbezaan agama, tak menjadi penghalang aku dan dia untuk bersama kan?.


Yang pasti, hari itu akan tiba nanti. Cuma perlu bersabar menanti saat itu untuk bertemu dengannya. Aku tak pasti yang aku dapat bahagiakan dia kelak, yang pasti aku akan mencuba untuk hari esok yang lebih baik.



Monday, July 30, 2012

Sebenarnya, tak ada apa sangat pun aku nak cerita untuk hari ini, tapi aku tak boleh nak tidur malam. Jadi aku buat la benda-benda yang boleh bagi aku tak boring, aku check balik fail gambar yang lama. 


Apa lagi, aku edit semula lah gambar yang pernah aku tangkap masa bersama mereka, sorry sebab aku guna camera telefon je. Masih tak mampu nak pakai camera mahal-mahal tuh, tapi insyaallah kalau ada rezeki. Camera tu takkan kemana, yang penting kena pasang impian kalau ingin memiliki sesuatu kan. 







Oklah, selamat berpuasa semua. Rasa macam kejap je masa berjalan kan?, rasa raya macam nak tiba lagi beberapa minggu je lagi. Harap ramadhan untuk kita hari ni bukan ramadhan yang terakhir untuk semua dan biarlah ia bermakna untuk tahun ini.

Apakah perasaan yang aku rasa ni?, aku seperti sesat dalam menuju di dalam lubuk hatimu itu. Aku mencuba untuk kembali kepada jalan yang indah untuk bersamamu walaupun aku selalu sesat dalam dirimu. Aku harap kau izinkan aku untuk bersamamu, dan izinkan aku melepaskan penatku disisimu setelah sekian lama mencari cinta yang sesat dalam diri sendiri.

Aku mula terfikir setiap kali aku berseorangan dalam dunia aku sendiri, dapatkah selamanya kita akan bersama?, menyatukan perasaan antara kau dan aku, semoga ia menjadi cinta yang kekal abadi?.

Kadang-kadang ia membuatkan aku sendiri takut akan kehilangan dirimu bagaikan hilangnya cahaya yang selalu menyinari hati ni dan tak terpadam didera godaan dan masa yang selama ini menyelubungiku.

Aku tak yakin aku akan dapat membahagiakamu seperti sebuah drama, tapi aku akan cuba untuk membahagiakan masa depan untuk kamu untuk selamanya kekal bersama.

Sunday, July 29, 2012



Assalammualaikum bloggers, sorry 2 hari tak update blog. Letih sangat-sangat, rasa badan nak demam atau sebaliknya, tapi yang pasti aku masih mampu berpuasa. Tadi dalam pukul 4petang macam tu, hidung aku betul-betul gatal. Malkum la, aku ada resdung, dan memang tak larat la asyik bersin je dari tadi.

Tapi masa aku bersin, aku tak perasan pulak ada darah, banyak kali jugak la aku bersin dalam seminit. Pernah sekali, bersin sampai nak pengsan. Asyik bersin tak berhenti-henti, mahu tak parah penafasan aku ni.huhuhu...



Semalam masa aku dapat mesej dari member aku yang rumah dia kena pecah, tu lagi satu masalah. Aku pulak kat kulim masa tuh, bukan kat bandar baharu. Susah jugak aku nak pegi, then hari ni baru aku pergi sebab parent aku nak balik sini. Aku dapat tahu yang pecah rumah dia kawan dia sendiri, hurmm..biasa la, kawan makan kawan, tapi awal-awal lagi dah tahu dah dia ni kaki rembat. Inysaallah, tengah tunggu jalan selanjutnya nak perangkap dia. Ramai orang target, tunggu masa je.



Mesti korang ingat tajuk ngan cerita yang aku nak cerita ni tak masuk kan? Hahaha!. Takde la..Aku rasa macam dah tiba aku berhenti merokok kot. Entah la, tetiba rasa nak berhenti merokok. Nie pun masa isap rokok lagi ni, tadi member pelawa pun aku buat-buat senyum la. Malas nak ambik. Boleh pulak aku tolak bulat-bulat. Hahahaha!.



Harap-harap aku boleh berhenti bulan ni dan selamanya, untuk kebaikkan generasi anak aku..hohoho! jangan gelak!.

Saturday, July 28, 2012





cerita yang di tunggu-tunggu semua termasuk aku. Epik akan bermula. Memang best gila la, aku menanti saat untuk filem ni!.
Ada lowongan penerimaan CPNS baru untu Kemenkes pada tahun 2012 ini. Jenis tenaga kerja yang dibutuhkan adalah: Dokter, Perawat, Dosen, dan Sanitarian
CPNS Kemenkes 2012
Pendaftaran Lowongan CPNS Kemenkes (Kementerian Kesehatan) 2012 bisa dilakukan secara on-line melalui website Biro Kepegawaian (www.ropeg-kemenkes.or.id) atau website Kementerian Kesehatan (www.depkes.go.id). 

Pendaftaran dimulai dari 31 Juli sampai 4 Agustus 2012. Prosedur pendaftarannya bisa dilihat lebih lengkap di www.ropegkemenkes.or.id