Apa yang perlu dibanggakan dan mengapa perlu menipu untuk menunjukkan diri itu kuat walaupun kenyataannya kita tidak kuat seperti yang dikatakan. Perlukah semua tu?, mana pergi sifat kejujuran dalam sebuah persahabatan?.
Apa yang aku lihat sekarang adalah keretakan sebuah sahabat yang dulunya seperti adik beradik. Jangan menjanjikan sesuatu kalau tidak boleh menepatinya, yang sakit hati adalah teman sendiri kerana pegang pada kata-kata dan janji yang diberikan.
Memang betul kata orang, manusia tidak sempurna dan akan buat kesilapan, tapi perlukah kesilapan itu di ulang berkali-kali?, apa pula kategori bagi orang yang seperti ini?, dan bolehkah kita menganggap dia kawan atau sebaliknya?.
Banyak persoalan yang menjadi tanda tanya dalam diri ini. Aku juga tak sempurna tapi setiap kali aku buat kesilapan tu, aku cuba memperbetulkan apa yang salah dan tidak akan memperbetulkan yang betul kerana itu adalah salah. Mungkinkah perbalahan antara dua rakan ini akan bertukar kepada pergaduhan?.
0 comments:
Post a Comment