Saturday, August 4, 2012


Haaa..Ni selepas balik training dari tempat keje aku di MOCHADO CAFE. Ok la, semua boss sporting macam kawan-kawan ja. Boss pun muda, macam tak percaya je kalau korang tengok. Masa ni aku lepak kat taman, tak tau nak pegi mana dah. Tunggu plan dari member-member lain contact buat plan.


Korang pernah terfikir tak nak jadi boss?. Hurmm.. aku pernah jugak terfikir nak bukak satu cafe, tapi tak tahu bila masa tu akan tiba. Mesti best kan kalau dapat bukak kedai sendiri, tapi aku tak nak la bukak jauh-jauh. Setakat kat Parit Buntar, Perak ni dah la. Kalau maju baru pikir nak bukak tempat lain. Insyaallah kalau impian ni termakbul.


Haaaa...Ni la tempat aku nak buat kerja. Di tengah-tengah, kiri dan kanan semua meja. Cafe ni start bukak hari isnin ni, sapa yang dekat parit buntar perak. Datang la sini.hehehe.. Kalau kenal buat-buat tak kenal pun tak pe, sebab aku sendiri tak kenal orang sebenarnya. Selalunya reaksi orang pada aku adalah budak sombong. Tu yang aku selalu dapat pada reaksi pandangan pertama. Don't Judge by it cover ok.

Esok last kemas cafe tuh, diorang kata banyak barang nak kena kemas. Lantak la, janji kerja. Jangan banyak relax sudah, aku cepat mengantuk. Assalammualikum semua.

0 comments:

Post a Comment