Wednesday, February 8, 2012




Kekuatan berfikir 
Cinta bermula dari fikiran kita sendiri. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenal akan membantu kamu untuk mengenali dan mendekati Si Dia.


Kekuatan untuk menghormati 
Kamu tidak mampu mencintai seseorang jika kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah diri kamu sendiri. Untuk menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri kita sendiri "apa yang aku hormati dalam diri aku?". Untuk mebmbuatkan seseorang itu hormat kepada kita, walaupun dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri."apa yang aku hormati tentang diri mereka?". 


Kekuatan untuk memberi 
Cinta bermula dari sebuah persahabatan. Cinta bukan bererti mata kita saling berpandangan antara satu sama lain, tapi lebih kepada melihat sesuatu yang ingin di tuju. Mencintai si dia setulusnya bukan melihat pada fizikalnya tapi harus mencintai keperibadiannya. Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta itu dapat tumbuh menjadi sepohon pokok yang rendang. 

Kekuatan dari sentuhan 
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat, menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya. Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri dan bukannya pasangan kekasih.


Kekuatan untuk melepaskan 
"Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu". Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. "Hari ini aku akan membuang semua rasa takut yang aku rasa, kisah silam tidak akan dapat mempengaruhi ku lagi. Hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku" 

Kekuatan dalam komunikasi 
Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata : "Aku cinta kamu". Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata - kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan?.

Kekuatan dari komitmen 
Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh dengan rasa cinta, kamu harus setia dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan.

Kekuatan semangat 
Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. 

Kekuatan dari rasa percaya 
Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan. Tanpa rasa percaya, seseorang akan menjadi curiga, cemas, dan takut dan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjadi tertekan. Bersikaplah seakan-akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar - benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri "Apakah aku benar - benar mempercayainya sepenuh hati ?" jika jawapannya adalah "tidak", maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.

0 comments:

Post a Comment