Tuesday, September 11, 2012

assalamualaikum sahabat blogger? apa khabar?. Hurmm.. Lama jugak aku tak berupdate blog ni, tapi masih ramai yang berkunjung ke blog syazary sukor ni. Terima kasih yang sudi singgah disini. Kerja aku macam biasa la, buat air tu je la, costumer pun makin kurang, tapi bos duk buat banyak promotion, harap-harap makin bertambah la nanti.

Sebenarnya aku ada main satu game ni, korang mesti pernah main game ni dalam gameboy advance kan?. Dulu game ni cukup popular dikalangan lelaki, tapi perempuan aku tak tahu pulak sebab aku tak pernah bergaul dengan perempuan lagi masa kecik.hehehe.


Boleh dikatakan tergila-gila jugak la dulu game ni bagi aku, tapi sekarang tak payah nak main kat screen yang kecik tuh lagi. Pokemon sekarang dan buat online, bagi aku ok jugak la sebab dia world wide player setakat ni yang aku kenal.

Nama game tu POKEMON OMEGA , pernah dengar ke game ni bagi lelaki yang kaki game?, perempuan nak tanya pun belum tentu diorang tahu. Hahaha!



Aku ada jugak tanya players dari Malaysia, tapi tak jumpa sampai sekarang, yang banyak pun dari luar negara dan singapore. Perempuan pun ada main jugak kot!, tapi Chinese la, malayu takkan nak buang masa main game ni kot?. yeke?.

Kalau korang nak test cuba main game ni, try klik kat gambar kat bawah ni, mana tau jumpa aku kat sana, aku kalau balik keja, sini je aku melepak sampai ke subuh. huhuhu, nama aku dalam game ngan ni pun sama dengan je, baru orang kata " saya bangga jadi anak malaysia!" hahaha!.










0 comments:

Post a Comment