Tuesday, February 5, 2013



Itu adalah jalan yang terakhir saya usahakan untuk awak berubah walaupun ia akan membuatkan awak membenci saya seumur hidup awak, tapi saya terima semua itu. Saya nak awak sedar yang awak bukan hidup seorang diri, awak mempunyai ramai disekeliling awak yang sayangkan awak selama ini, dan saya juga terlalu sayangkan awak. Saya korbankan kasih sayang saya demi orang yang saya sayang. Saya tak mahu awak terus dengan dunia awak.

Selama ni saya senyap kerana saya tak suka awak marah-marah, kerana ia membuatkan awak sakit. Saya tak mahu tu semua berlaku, tapi cara ini la yang membuatkan awak bersuara kembali dan menceritakan hal yang sebenar-benarnya dan bukannya merahsiakan kebenaran. Saya tak tahu apa awak anggap pada diri saya selama ni?, saya tak tahu apa yang awak takutkan selama ni?. Memang jujur itu kadang-kadang menyakitkan, tapi mendiamkan diri lebih sakit dan menderita dari kejujuran tu semua.

Saya korbankan kasih sayang saya untuk awak demi kasih sayang saya pada awak selama ini, dan awak tak perlu risau tentang saya. Saya tak pernah akan membenci awak, malah saya lebih sayangkan awak kerana awak pernah bahagiakan saya selama ini. Saya bersyukur sebab dalam mengenali awak dan mengenal erti kasih sayang yang sebenar dalam hidup saya. 

Awak merubah hidup saya walaupun seketika dan merubah prinsip saya yang selama ini saya pegang. Saya tak tahu sebab apa saya boleh usahakan untuk bertemu awak, walaupun jarak kita ketika itu adalah sangat jauh. Jikalau awak tinggal di sarawak sekali pun saya akan usahakan untuk kesana untuk bertemu awak.

Cinta kadang-kadang bukan hanya pada kata-kata, tapi usaha untuk mengatakan cinta yang sebenar dalam hidup. Maaf dari saya kerana tak dapat membuatkan awak bahagia sekali lagi, saya harap semua ni tak akan berakhir begitu sahaja, dan saya harap kita akan bertemu lagi suatu hari nanti jika takdir tertulis antara kita.

Akan ku doakan kesejahteraan awak disana, harap awak baik-baik saja disana. Perasaan saya tak akan pudar selagi awak masih ada dalam hati saya.

1 comment:

  1. SlotyRoo Casino Map & Directions - Mapyro
    Find 원주 출장마사지 your way around 군산 출장마사지 the 밀양 출장안마 casino, find 의왕 출장마사지 where everything is located with Mapyro's selection of slot games and where you 경기도 출장마사지 can play at it all.

    ReplyDelete