Wednesday, March 28, 2012


Aku rasa macam aku yang salah dalam semua hal sekarang ni. Aku tak pedulikan dia lansung walaupun dia call aku banyak kali. Aku tahu aku tidak tunaikan janji aku pada dia yang aku ingin dia tersenyum dan ketawa bersama aku, tapi apa yang dia dapat sekarang adalah tangisan yang aku tak ingin dengar dari dia. Aku tahu perasaan aku ini kadang-kadang mengelirukan diri aku sendiri dan aku tidak tak tahu kenapa aku jadi macam ni?.

Aku keliru, dia sudah menemui cinta yang dia cari selama ini dan aku berharap dia gembira bersama teman lelakinya. Aku hanya tak mahu jadi penghalang atau perasaan orang ketiga dalam hidup dia. Aku rasa tindakan aku ni betul, sebab aku ingin melihat dia bahagia. Itu yang aku inginkan selama ini. Aku tahu aku cuma teman untuk dia meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya dan mengisi kekosongan dalam hati dia untuk dia terus tabah dah tersenyum bila denganku.

Kenapa kau cari aku balik walaupun kau dah putuskan yang kita bukan lagi kawan seperti mana yang kau kenal dulu. Maafkan aku sebab aku tak boleh jadi Ery yang kau kenal dulu, dan aku sendiri tak ada jawapan pada soalan yang kau tanya pada aku. Maaf sekali lagi kerana membuatkan kau menangis kerana aku. Aku buat semua ni sebab nak tengok kau bahagia, sampai masa nanti. Aku akan kembali seperti mana kau kenal Ery yang dulu. Bersabarlah.

Aku doakan kau bahagia disamping orang yang kau sayangi. Aku berharap sangat-sangat.

0 comments:

Post a Comment