Monday, February 6, 2012


Aku tidak dapat meluahkan perasaan aku ini kepadanya walaupun hati aku ini mahu. Aku hanya mampu melihat kau pada jarak yang jauh. Aku tahu hati kau sudah di miliki oleh seseorang yang teristimewa untukmu, tapi itu telah cukup membuatkan aku bahagia bila dapat melihat senyuman yang terindah terukir di wajahmu itu. Aku tidak mahu lagi melihat air mata yang mengalir di wajahmu itu, cukuplah penderitaan yang kau terima selama ini, janganlah kau titiskan lagi air matamu ke bumi demi lelaki yang belum tentu menjadi jodoh yang halal buatmu.

Jika aku adalah pilihan hatimu, akan ku jaga dirimu itu dan menyintaimu hingga hembusan nafas terakhirku, dan aku ingin kau tahu yang aku hanya menyintaimu sejak pertemuan kali pertama denganmu. Hingga ke hari ini, ia masih segar diingatanku. Senyumanmu sudah cukup menenangkan fikiranku yang celaru.

Setiap pertemuan kau dan aku sudah cukup membuatkan hati aku berdegup kencang bagaikan dipukul ombak yang kuat, ingin saja aku luahkan apa yang tersirat dalam hati aku, yang aku menyintai kau selama ini dan tidak mahu kehilangan kau sekali lagi dalam hidup aku, tapi lidahku kelu seperti dikunci rapat oleh sesuatu.

Aku harap masih ada ruang dan sinar antara kau dan aku untuk bersama, walaupun aku tidak tahu jodoh antara kita telah ditakdirkan mahupun tidak. Aku akan menunggu dan menanti saat itu tiba untuk aku luahkan apa yang terbuku dalam benak hati aku yang paling dalam.

Aku akan cuba membahagiakanmu jika kau milikku. Itu adalah sumpah ku kepadamu. Aku harap ia bukan hanya sekadar mimpi dalam tidurku ini, kerana jika ia hanya sebuah mimpi, aku lebih rela tidur sepanjang hari untuk bersamamu.

0 comments:

Post a Comment