Saturday, January 14, 2012

Ni adalah fakta tentang lelaki kepada wanita-wanita yang terhangat di pasaran sekati RM55.50sen. Sapa yang takda bercintan cintun disarankan mengisi borang disini. Kami akan mencari jodoh untuk hampa(sendiri pon xda -.-"). Yang hampa perlu taw tentang lelaki yang mereng feat serabut ni ialah:

1.Lelaki tidak detail dalam percakapan

Contoh kes: Kawannya baru ja putus cinta nga balak dia… Bila kita tanya pa komen dia, dia cakap: “Mm… dah nak putus nak wat camna lagi..tak da jodoh la tuh…” Hahah~ Biasa bak ang, lelaki tak nak keruhkan lagi keadaan… kami cool jer… Haha… Tak maw ambil port sangat !!! lagipon, Lelaki lebih suka simple2 ja dalam percakapan, tak macam perempuan kan??? XD

2. Lelaki tahan berjaga malam demi hobi

Lelaki memang sanggup berjaga malam demi hobi yang digemari… Macam aku jugak la, sanggup berjaga demi blog aku nie… Sebab ni hobi aku!!! Haha~ hampa macam mana??? Sanggup ka?.. Selain daripada tu, lelaki yang kaki bola kat Astro kompem sanggup berjaga malam nak tengok pasukan depa berentap habis-habisan hingga peluh yang terakhir!.

3. Lelaki rela menghabiskan banyak wang untuk peralatan elektronik

Gadget?! tak payah dok cakap la, kalau aku ada duit pon, aku beli camera DSLR, BLACKBERRY dan yang sewaktu dengannya. aku aku diberi peluang pilih bini atau keta BMW. aku pilih keta BMW lagi dari bini...hohoho..sebab BMW bleh jual balik. Bini tak bleh, sayang kot! (bleh jugak kawen lagi.hehehe)

4. Lelaki jarang muncul dengan jambak bunga

Contoh kes:Dalam filem atau telenovela feat akasia, sering kita tengok hero muncul tiba di rumah lovernya dgn sejambak bunga… Kenyataan ka neh??? huh hampeh!!! Alasan: Sejak awal, otak lelaki lebih mengutamakan hal praktik… kebetulan, hal2 bunga nih tak menarik ruang logik otak mereka… Beli sesuatu yang bakal layu dalam beberapa hari betol2 satu pembaziran-itu tanggapan orang lelaki laa kan… Betul kn?

5. Lelaki tidak bergosip

Alasan ja tuh!, Sebenarnya lelaki pon bergosip… Tapi cara dan gaya depa bergosip ja tidak sejelas perempuan dan jugak tidak pada objek yang nak digosip ada kat situ… Kalau depa punya masalah dengan seseorang, biasanya depa settel sendiri, tak pon lupakan je la…

6. Lelaki selalu mengagungkan IBU mereka

Alasan: Bagi lelaki, ibu mereka merupakan wanita ideal dan inti dari hidup mereka… Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari hubungan kedua orang tuanya, bagaimana ayah mereka melindungi ibunya… Makanya, tak perlulah mintak dia persoalkan apa-apa tentang ibu diowng tuh..

7. Lelaki sanggup menyimpan semua edisi Terhad komik, cd, jeans, jam tangan dan apa saja!!! 

Alasan: Berbalik kepada asal usul zaman dinosaur, depa sebagai pemburu, lelaki senang mengumpul persediaan keperluan mereka sebanyak mungkin… Mereka selalu berwaspada bakal diadili lelaki lain, sehingga tidak hanya mengira kuantiti, tapi juga kualiti yang dimilikinya… Bagi mereka, mempunyai sesuatu yang boleh dibanggakan adalah prestasi tersendiri yang dapat memacu ego mereka…

8. Lelaki Senang melihat wanita memakai skirt pendek(mini skirt)-asalkan bukan kekasihnya

Hahah~ Betul2… Aku setuju, Tapi kalau awek aku pakai pakai macam tu, aku tegur dan nasihat dia… Kalau nak pakai jugak, tunggu kawin, pakai la puas-puas kat rumah. Kalau degil sangat tak paham bahasa, selamat tinggal la jawabnya. bubye!

0 comments:

Post a Comment