Tuesday, December 4, 2012

Aku sebenarnya dah buntu apa yang nak dibuat lagi, hanya mampu berdoa saja. Aku tak kata yang aku ni pasrah, aku redha dengan apa yang terjadi. Mungkin bukan masa yang tepat untuk semua ni, mungkin masa akan datang nanti sesuatu akan berlaku, siapa yang tahu kan. 

Setiap kali aku cuba untuk lupakan dia, setiap kali juga la dia datang dalam mimpi. Hanya dia diingatan aku sekarang ni, sebab dia lebih memahami dari gadis-gadis yang aku pernah kenal selama ni. Walaupun dia bakal jadi milik orang, kami tetap tak terputus hubungan kerana janji selama ini yang dipegang bersama. 

Memang tipulah kalau orang kata tak sakit hati apabila hubungan yang kian lama dijaga ditimpa dugaan yang seperti ini, dia pula, hidup dengan lakonan untuk menyenangkan hati orang lain. Itu lagi menyakitkan hati. Mungkin aku juga yang salah kerana mengambil masa yang lama untuk bertindak dan sekarang aku sendiri tak mampu berbuat apa-apa. 

Aku hanya mampu melihat dari jauh, tapi aku tahu setiap perasaan yang kami miliki bersama adalah nyata walaupun keadaan cuba memisahkan aku dan dia, aku redha sebab aku masih lagi mampu berhubung daripada hilang segala-galanya. Apa yang berlaku selepas ni, aku akan sentiasa menyayangi dia.

0 comments:

Post a Comment